Kumpulan kami telah menggunakan kaedah tinjauan atas talian bagi mengumpulkan maklumat dan data mengenai kefahaman dan pendapat masyarakat terhadap kesalahan ejaan dan penggunaan singkatan dalam e-novel. Tinjauan atas talian ini dilakukan melalui platform google form dan telah diedarkan kepada orang ramai melalui aplikasi WhatsApp dan juga Telegram. Kumpulan kami telah menerima maklum balas seramai 54 orang responden daripada pelajar dan juga orang awam. Borang kaji selidik ini mempunyai 4 bahagian yang terdiri daripada demografi responden, 5 soalan mengenai faktor kesalahan ejaan dan penggunaan singkatan perkataan, 5 soalan mengenai kesan kesalahan ejaan dan penggunaan singkatan perkataan dan 2 soalan mengenai keberkesanan singkatan perkataan dalam e-novel.