Pada minggu ke-3 dan ke-4, kami mendapat maklumat penuh tentang tugasan daripada pensyarah kami, Puan Sharipah Nur Mursalina. Kami menubuhkan kumpulan kami seramai 5 orang ahli dan melakukan pembahagian tugasan dalam minggu seterusnya.


Kami menghasilkan google site dan google form mengikut rubrik tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah kami. Pada minggu ke-6 dan seterusnya, kami mengumpulkan bahan ilmiah dan dokumen-dokumen perbincangan yang kami akan gunakan sepanjang melakukan tugasan yang diberikan. Kami juga melakukan mesyuarat secara atas talian menerusi google meet untuk mengetahui perkembangan dan proses tugasan tersebut.


Kami berjaya menghasilkan video yang akan dimuat naik ke dalam google site pada minggu ke-8. Kami mengemaskini google site supaya ianya dapat dilihat dan disemak oleh pensyarah kami selepas penyerahan tugasan.