Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,ย kami merupakan pelajar tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Risiko & Takaful) dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, Terengganu telah bersepakat untuk menjalankan kajian dan kaji selidik yang bertajuk "Kesalahan Ejaan dan Penggunaan Singkatan Perkataan dalam E-Novel."ย
Tujuan kami mengupas kesalahan ejaan dan penggunaan singkatan perkataan dalam e-novel yang menjadi bahan bacaan dalam kalangan masyarakat pada masa kini kerana kesalahan tersebut kerap berlaku dalam penghasilan sebuah e-novel. Justeru, kesalahan ini perlu dikaji kerana penghasilan e-novel tidak menjalani sebarang proses tapisan sebelum dimuat naik dalam pelbagai platform.ย