Kumpulan kami telah melakukan gerak kerja dengan mengadakan sesi perbincangan di platform google meet bagi membincangkan dan menetapkan pemilihan tema dan tajuk untuk kajian ini.  Pembahagikan tugas kepada ahli kumpulan juga dibuat bagi melancarkan proses kajian ini. 

Pada akhir perbincangan, kami sekumpulan bersetuju untuk memilih analisis kesalahan bahasa sebagai tema kajian dan "Kesalahan Ejaan dan Penggunaan Singkatan Perkataan dalam e-novel" sebagai tajuk kajian kami. Pilihan komuniti bagi kajian ini ialah dalam kalangan masyarakat di Malaysia.