Halaman ini mengandungi kajian terdahulu iaitu kajian lepas yang telah dilakukan oleh pengkaji yang lain yang berkaitan dengan lagu rakyat. Kajian terdahulu ini menjadi idea dan panduan kepada kami untuk meneruskan kajian yang berkisar tentang lagu rakyat. Berikut merupakan 2 kajian terdahulu yang telah kami pilih untuk dimuat naik dalam blog ini.
KAJIAN TERDAHULU 1
TAJUK : TAHAP KEBERKESANAN LAGU SI PINTAR DAN SI MANIS DAN KURA-KURA TERHADAP KANAK-KANAK
Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kepentingan lagu Si Pintar dan lagu Si Manis dan Kura-Kura kepada kanak-kanak dan seterusnya menganalisis kepentingan kedua-dua lagu tersebut kepada kanak-kanak. Dua lagu ini merupakan lagu yang diperoleh menerusi album lirik lagu Pekaka Bercerita 2014 nyanyian Normaliza Abd Rahim. Kisah-kisah menarik khususnya dalam bentuk visual merupakan salah satu khazanah akal budi Melayu dan terus mendapat tempat dalam bahasa Melayu. Sastera negara (Mohamad Zuber Ismail dan Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2015). Hal ini turut dibincangkan oleh Normaliza Abd Rahim, Hazlina Abd Halim, dan Roslina Mamat (2014), yang menjelaskan bahawa dengan menggunakan kecanggihan teknologi semasa, Contohnya, dengan atas bantuan ramai pihak, bentuk grafik yang mengetengahkan sastera rakyat secara tidak langsung berjaya memikat hati khalayak khususnya kanak-kanak.
Kaedah Kajian
Metodologi kajian yang diaplikasikan dalam kajian ini dikenali sebagai teori pengkaedahan Melayu yang mula diketengahkan oleh Hashim Awang (1989). Teori ini berkaitan dengan realiti hidup dan persekitaran bangsa penghasil karya. Melalui pengaplikasian teori ini, ia dibahagikan kepada dua iaitu Pengkaedahan Alamiah serta Pengkaedahan Keagamaan. Kedua-duanya mempunyai cabang yang dipanggil sebagai pendekatan. Metodologi semula jadi merangkumi kaedah firasat, kaedah diterapkan dan kaedah moral, manakala melalui metodologi agama, ia menyenaraikan kaedah dakwah, kaedah sosial dan kaedah artistik.Tambahan pula, metodologi semula jadi adalah berdasarkan cara hidup yang menjadikan alam sebagai sebahagian daripada diri dan kehidupan seseorang. Masyarakat Melayu menjalani kehidupan yang dicontohi pergerakan dan pengisian semula jadi seolah-olah diri mereka sendiri dan sebahagian daripada kehidupan mereka. Alam semula jadi adalah faktor utama dalam menyediakan pekerjaan, pengalaman, pengajaran dan kebaikan. Manakala metodologi agama pula merujuk kepada kaedah yang berteraskan akidah dan digabungkan dengan akidah Islam. Umum mengetahui bahawa sumber yang paling penting ialah Al-Quran dan Hadis.
Dapatan Kajian
Dalam kajian ini, lirik merupakan media untuk mendidik anak. Kreativiti dan pemikiran penulis akan menghasilkan karya sastra dengan tujuan tertentu, terutama produksi dan pengolahan lirik lagu anak-anak. Selain itu, fenomena yang disajikan dalam lirik terbentuk seiring dengan pengalaman, pengamatan, dan kejadian terkini yang dialami orang. Segala sesuatu yang disajikan adalah catatan dan percikan pemikiran, bukan hanya imaginasi kosong, tetapi berisi informasi dan ajaran yang dapat diperoleh melalui interpretasi yang mendalam.
KAJIAN TERDAHULU 2
TAJUK : Kreativiti Menerusi Lagu Rakyat Masyarakat Orang Asli Sebagai Bahan Pembelajaran Asas Literasi ; Tinjauan Awal
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini berpaksikan dapatan tinjauan awal berkenaan kreativiti guru dalam penggunaan lagu rakyat masyarakat orang asli sebagai bahan pembelajaran asas literasi kanak-kanak Orang Asli. Persoalan kajian adalah seperti berikut:
“Adakah kreativiti lagu rakyat Orang Asli sesuai dijadikan bahan pengajaran dan
pembelajaran asas literasi bagi kanak-kanak Orang Asli ?”
REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah temu bual iaitu 'In-depth interview'. Teknik persampelan yang digunakan adalah sampel bertujuan. Proses pengumpulan data dijalankan dengan menemubual 8 orang pakar. Pakar dipilih merangkumi dua orang dalam setiap bidang pendidikan awal kanak-kanak iaitu guru prasekolah, dua orang guru Bahasa Malaysia, dua orang pakar pendidikan Orang Asal iaitu pensyarah Orang Asli serta dua orang pakar dalam bidang lagu rakyat iaitu Guru Pendidikan Muzik. Proses komunikasi berlangsung berasaskan struktur soalan-soalan temubual untuk kajian ini. Temubual dijalankan secara bersemuka yang melibatkan komunikasi dua hala. Maklumat temubual di rekodkan sebagai data untuk dikaji.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Maklum balas yang diperoleh dari proses temubual (In-depth interview) terhadap kreativiti lagu rakyat orang asli sesuai dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran asas literasi bagi kanak-kanak Orang Asli adalah berdasarkan kepada soalan kajian berikut:
“Adakah kreativiti lagu rakyat Orang Asli sesuai dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran asas literasi bagi kanak-kanak Orang Asli?’
Dapatan temubual (In-depth Interview dan Focus Group Interview) menunjukkan lagu rakyat masyakat Orang Asli sesuai dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran asas literasi bagi kanak-kanak Orang Asli.