LAGU : ADA SEKOR ANAK TUPAI

Sejarah/ Asal Usul

Kisah tupai ini berdasarkan kisah benar pada suatu ketika dulu iaitu ada seorang pekebun buah-buahan ini sangat geram dengan tupai yang suka menebuk buah-buahan di dusunnya, sehingga menyebabkan pendapatannya terjejas. Dia berjaya memerangkap tupai-tupai di dusunnya itu kerana terlalu sakit hati. Selepas itu, pekebun ini menjolok-jolok mata tupai ini dengan kayu. Hampir semua tupai yang ditangkapnya diperlakukan sedemikian. Ditakdirkan Allah, seramai 5 orang anaknya dilahirkan buta, malah ada yang pekak.