LAGU : BONGAI ANAK BOCEK
Sejarah/Asal Usul
Lagu ini mengisahkan tentang Bocek iaitu anak kepada satu keluarga yang
mengidam makan pisang tetapi tidak dibenarkan oleh mak ayah nya.
Bocek berkali-kali memujuk mak dan ayahnya namun tetap tidak mendapat kebenaran.
Akhirnya Bocek merajuk lalu terjun ke dalam sungai berdekatan dan menjadi ikan.
Mak ayahnya meletakkan banyak pisang ke dalam sungai dengan harapan si Bocek kembali kepada mereka.
Berikut merupakan lirik lagu Bongai Anak Bocek.
Lirik Lagu
Bak ajak jalan
Serom….. ban….
Bak Batu yo Kikir jombatan bosiNgulai you dang satu bolango….ii..
Kato yo ombong denNak yo katokan raso yola soganCubo yola piki di dalam ngati..ii
Ayo yon bujang yo sudah lamo..iii..
komelang yo menyisi pandan,
anak yola pancait di dalam buloh,
serayo lomang tidak borapi..ii
betanyo yola pulak puan den,
apo yola malang nasibnyo bodan,apo yola cacait..i..
sibatang tubuh..iimacam yoni kacak tak ado bini..ii
apo ngompan anak bocek,
anak cacing la golang-golang,
macam mana gayo nak manjait,
kocik-kocik yo bolom godang,
kail pendek talinyi panjang,
poi memancing di waktu siang,
anak bocek umurnyi panjangdapet yo lari dah lamo siangala bocek….
Terdapat beberapa pengajaran dalam lagu Bongai Anak Bocek. Antara pengajaran tersebut ialah;
-Tunaikan permintaan anak selagi mereka tidak melampaui batas
-Tidak guna menyesal selepas ditimpa musibah (nasi sudah menjadi bubur)
-Mendengar kata ibu bapa, jika apa yang tak diizinkan pasti ada hikmah disebalik larangan mereka
Video di sebelah ini merupakan video lagu Bongai Anak Bocek