LAGU : ULEK MAYANG
Sejarah
Ada pelbagai versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta padanya. Percubaan bomoh untuk membawa balik roh nelayan itu menyebabkan puteri itu menyeru 5 lagi saudaranya untuk melawan bomoh tersebut. Pertarungan di antara si bomoh dan keenam-enam puteri berlanjutan sehingga kemunculan puteri yang ketujuh dan paling sulung.
"Ku tahu asal-usulmu” kata puteri sulung dan beliau memerintahkan semua orang, "Yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat".
Bomoh yang terhutang budi dan rakan-rakan nelayan menyampaikan sembahan nasi berwarna kepada sang puteri, satu upacara yang kekal diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada semangat-semangat laut.
Berikut merupakan lirik lagu Ulek Mayang yang berasal dari Terengganu :
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam
Terdapat beberapa pengajaran yang terkandung dalam lagu Ulek Mayang ini. Antara pengajaran tersebut ialah ;
-Jangan percaya kepercayaan khurafat
-Menghormati tempat makhluk selain daripada manusia, mereka juga makhluk Allah
-Mantera adalah khurafat, yang menyembuhkan hanya Allah yang satu
Video di bawah ini merupakan video lagu Ulek Mayang