Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan kepelbagaian seni irama dan lagu yang amat mengamit nostalgia khususnya lagu-lagu rakyat yang terkenal dan acap kali diperdendangkan di alam Melayu.

Lagu-lagu rakyat mengalami sedikit asimilasi dari segi aturan liriknya, gaya nyanyiannya, dendangan lagu bersama dengan alat muzik serta cara penyampaiannya yang dipelbagaikan.

Lagu-lagu rakyat disini tidak seharusnya dilihat dalam konteks yang sempit dengan maksud hanya sesebuah negara asal dimana sesuatu lagu rakyat itu mula tercipta sahaja berhak menjadi pemilik lagu tersebut, sebaliknya lihatlah pada sudut pandangan yang positif, lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu harus diperkembangkan penggunaaanya yang kaya dengan maksud tersirat dan keindahan bahasa kiasannya yang tinggi agar dunia dapat mengetahui lagu-lagu rakyat ini mampu menyatu padukan suatu rumpun yang besar dalam masyarakat Melayu.