Audio
Berikut merupakan produk akhir kepada setiap lagu yang mempunyai penglibatan saya sebagai penulis lirik, penyanyi lagu dan co-producer bagi syarikat Nuewave Music Entertainment dari awal sehinggalah fasa akhir latihan industri. Kebanyakan daripada lagu-lagu ini telah pun dikeluarkan secara rasmi dan ada juga yang masih disimpan sebagai demo oleh pihak syarikat. Walau bagaimanapun, tugas saya terhadap lagu tersebut sudah pun selesai dan selebihnya bergantung kepada pihak Nuewave Music Entertainment sama ada ingin menjual demo tersebut kepada artis lain atau pun membuat pengubahsuaian mengikut kepentingan dan keperluan syarikat. Sebagai rekod, ini adalah merupakan contribution utama saya di syarikat ini selain menjadi video editor dan juga penulis naskhah iklan. Bagi mendengar audio lagu-lagu ini, hanya perlu tekan pada bahagian tajuk lagu yang dipilih.
Video
Berikut pula merupakan produk akhir kepada projek-projek visual yang mempunyai keterlibatan saya sebagai penyunting video. Projek-projek visual ini terdiri daripada muzik video, video-video pendek (short-form content) dan juga video promosi untuk lagu-lagu yang dikeluarkan. Kebanyakan dari video-video telah dimuat naik ke laman media sosial seperti Youtube, TikTok dan Instagram.
Muzik video lagu Kaefina, 3 a.m.
Official teaser muzik video lagu Kaefina, 3 a.m.
Video "Behind the Scenes"
Muzik video lagu Muzika Gadis Violet
Lirik video lagu PALA BANA
Klik pada video untuk lihat video-video promosi lagu Kaefina, 3 a.m. yang telah dimuat naik ke aplikasi TikTok dan Instagram
Golden Cage Syndrome by Bulanmuda
Poetic Rizz Melayu Challenge
Klik pada video untuk lihat video-video promosi lagu Muzika Gadis Violet yang telah dimuat naik ke aplikasi TikTok dan Instagram
Video-video persembahan nyanyian cover lagu oleh artis di bawah naungan Nuewave Music Entertainment
Klien
Melalui hubungan kolaborasi bersama syarikat TuneTouch, saya telah ditugaskan membuat lagu untuk diberikan kepada klien berdasarkan jalan cerita yang disediakan oleh mereka sendiri. Setakat ini, saya sudah menyiapkan lebih kurang empat lagu untuk klien mereka. Berikut adalah bukti penghantaran lagu kepada klien melalui E-mail berserta video-video daripada syarikat Tunetouch yang menggunakan lagu hasil ciptaan saya:
Group WhatsApp - Saya menjadi wakil daripada pihak Nuewave untuk berurusan dengan pihak TuneTouch.