Penulisan naskhah iklan (copywriting):
KERTAS KERJA EVENT ORGANIZER & COORDINATOR SEMPENA PELANCARAN MUZIK VIDEO KAEFINA DAN ANNIVERSARY KE-1 LOFY CAFÉ
Antara tugasan pertama saya adalah melakukan penulisan naskhah iklan (copwriting) khususnya menyiapkan kertas kerja sebagai proposal untuk dihantarkan kepada Lofy Café atas tujuan cadangan pelancaran muzik video bagi lagu “Kaefina, 3 a.m.”; lagu saya yang berdaftar di bawah publishing syarikat mereka.
Sepanjang menyiapkan kertas kerja ini, saya telah dibimbing oleh encik Shafiqal dan menulis bersama beliau untuk cadangan penyusunan senarai aktiviti sepanjang majlis pelancaran tersebut dan bajet-bajet yang diperlukan oleh pihak kami. Antara idea-idea yang disumbangkan oleh saya di dalam kertas kerja termasuklah cadangan tarikh, tema majlis pelancaran ala-ala gala night premiere, tema candlelight dinner dan juga dress code hitam dan putih.
Penulisan lirik lagu (lyrics writing):
Kerja-kerja penulisan saya di syarikat Nuewave lebih banyak terisi dengan penulisan lirik lagu di mana saya ditugaskan untuk menulis lirik untuk lagu-lagu yang berdaftar di bawah publishing mereka. Hampir keseluruhan daripada lirik lagu yang ditulis di bawah nama saya merupakan idea asal daripada saya sendiri. Namun begitu, ada juga kalanya saya mengambil inspirasi daripada jalan cerita staf-staf yang lain dan juga bekerjasama bersama mereka (sesi brainstorming). Berikut adalah senarai penulisan lirik lagu yang ditulis atas nama saya:
Lirik lagu Kaefina, 3 a.m.
Lirik lagu Citra Bayu
Lirik lagu White Maria
Lirik lagu Muzika Gadis Violet
Lirik lagu Taman Rerama
Lirik lagu Sekalung Daisy Buatmu
Lirik lagu Lifetime Promise
Lirik lagu Tentang Cinta dan Deja Vu
Sesi rakaman lagu (song recording session):
Setelah menyiapkan lirik lagu, saya akan beralih ke fasa seterusnya iaitu sesi rakaman lagu (song recording session). Sebagai seorang co-producer, tugas saya adalah membantu producer syarikat Nuewave Music Entertainment, encik Baitisan dalam setiap sesi rakaman lagu. Sesi ini merangkumi sesi rakaman vokal, sesi mixing dan mastering dan juga penyuntingan audio. Saya ditugaskan untuk mengendalikan setiap artis yang berdaftar di bawah publishing Nuewave Music Entertainment atau klien yang terlibat dalam sesi rakaman yang bertempat di studio mereka. Syarikat ini menggunakan perisian muzik komputer iaitu FL Studio, sebuah perisian sama yang saya gunakan untuk membuat muzik. Oleh itu, saya mempunyai sedikit kelebihan kerana mempunyai pengalaman mengendalikan perisian muzik yang sama - dan tidak mengambil masa untuk membiasakan diri menggunakan perisian muzik yang lainnya. Berikut adalah senarai File Project (FLP) yang telah dikendalikan oleh saya sepanjang latihan industri:
FLP lagu Kaefina, 3 a.m.
FLP lagu Citra Bayu
FLP lagu PALA BANA
FLP lagu cover Jodoh Pasti Bertemu
FLP lagu Muzika Gadis Violet
FLP lagu White Maria
FLP lagu cover Dusk till Dawn
FLP lagu Sekalung Daisy Buatmu
FLP lagu Taman Rerama
FLP lagu Tentang Cinta dan Deja Vu
FLP lagu Lifetime Promise
Penyuntingan video (video editing):
Setelah proses pembuatan lagu dan audio telah lengkap, kebiasaannya saya juga turut terlibat dalam proses visual iaitu penyuntingan video (video editing). Saya telah menyunting beberapa muzik video dan video-video pendek untuk dimuat naik ke media sosial seperti TikTok dan Instagram. Perisian Filmora merupakan perisian yang sering saya gunakan untuk menyunting video-video berkenaan. Berikut merupakan beberapa projek video yang telah saya sunting sepanjang menjalani latihan industri:
Muzik Video lagu Kaefina, 3 a.m.
Muzik Video lagu Muzika Gadis Violet
Projek cover lagu Jangan oleh S.F
Projek Sengkek Remix freeverse challenge
Golden Cage Syndrome directed by Bulanmuda