RESENSI BUKU
RESENSI BUKU
Resensi buku adalah satu aktiviti penilaian dan pemupuk kefahaman terhadap content atau isi kandungan dalam sesebuah karya, buku ataupun makalah. Ia boleh direalisasikan melalui penulisan, forum, video pendek dan pelbagai lagi cara yang kreatif dan ia semestinya bermanfaat buat para ulat buku dalam merancang bahan bacaan yang diminati dan yang ingin diperolehi. Selain resensi, kalimah 'bedah buku' juga turut popular dalam mengetengahkan agenda murni ini.