Geran Komputer UiTM

Geran Peralatan IT

Geran Perkakasan ICT disediakan adalah bertujuan untuk menjimatkan serta mengurangkan kos pengurusan dan operasi Universiti Teknologi MARA. Geran ini diberi kepada semua Staf Akademik dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 41 ke atas  (tetap dan disah jawatan) . Geran Perkakasan ICT boleh dimohon dalam sistem : https://units.uitm.edu.my (Menu Grant)

Geran Perkakasan ICT mula diperkenalkan pada tahun 2014 dengan geran bernilai RM 1500.00, dengan tempoh 4 tahun (sah sehingga Januari 2017). Pada tahun 2017 dan seterusnya, dengan menggunakan Pekeliling ICT Bil 01 Tahun 2017 (dibatalkan), nilai geran telah dinaikkan ke RM 2000.00 dengan tempoh 5 tahun. Pekeliling ICT BIL 01/2019 : Pembelian Perkakasan Ict Secara Geran Universiti Teknologi Mara (Uitm) menjelaskan pindaan dasar sedia ada.


Mulai 15 Januari 2018, permohonan Geran Komputer perlu dibuat melalui sistem UnITS (University IT Services) bagi menggantikan permohonan secara manual sebelum ini. Link untuk memohon adalah – https://units.uitm.edu.my


Bermula Januari 2019, proses pembelian perkakasan ICT geran adalah secara 'Beli Dahulu, Tuntut Kemudian' dan beli selepas permohonan dan mendapat kelulusan.

Aduan boleh dibuat dalam Sistem Aduan ICT : https://units.uitm.edu.my

TIPs ICT (Geran)