KESELAMATAN IT

Selaras dengan perkembangan semasa dan aspirasi universiti untuk menjadi universiti yang tersohor, keselamatan perkhidmatan teknologi maklumat perlu dikawalselia bagi memastikan ia berjalan dengan lancar. Unit Keselamatan ICT, Bahagian Infostruktur bertanggungjawab mengawalselia keselamatan ICT daripada ancaman seperti ancaman malware dan aktiviti penggodaman. Skop kawalselia keselamatan ICT meliputi infrastruktur IT, rangkaian dan aplikasi web. Selain itu juga, Unit Keselamatan ICT memberi khidmat nasihat dan memberikan kesedaran kepada warga UiTM Raub mengenai keselamatan ICT

Sila klik pautan di bawah untuk melihat Dasar Keselamatan UiTM yang terkini. Sebarang aduan berkenaan keselamatan ICT boleh disalurkan di www.units.uitm.edu.my

Pegawai yang boleh dihubungi

Rosmaria Md Saad
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

09 - 351 3505

Jefreyzan Muhlan
Juruteknik Komputer

09 - 351 2611