Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, pejabat ini memainkan peranan yang sangat penting sebagai tulang belakang untuk memberikan perkhidmatan berkaitan ICT kepada warga kampus terutamanya dari segi Infrastruktur ICT dan Perkhidmatan Operasi ICT. Sekaligus, peranan pejabat ini adalah untuk memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran serta perkhidmatan pentadbiran berjalan lancar.
Bagi memastikan Perancangan ICT teratur dan mengikut perkembangan, pejabat ini juga memainkan peranan dalam menyediakan Perancangan Strategik ICT berlandaskan Rancangan Malaysia dan Pelan Perancangan Strategik UiTM.
Bahagian Infostruktur kini terdiri daripada 6 staf iaitu:
Pegawai Teknologi Maklumat, PTM (F9), 1 orang
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, PPTMK (FA6), 2 orang
Juruteknik Komputer Kanan, JTKK (FT2), 2 orang
Juruteknik, JTK (FT1), 1 orang