Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam UiTM Dihatiku.
Bahagian Infostruktur UiTM Kampus Raub sentiasa komited menyediakan perkhidmatan ICT yang cekap, selamat dan mesra pengguna. Selaras dengan aspirasi universiti ke arah digitalisasi, laman web ini diwujudkan sebagai pusat rujukan utama berkaitan maklumat staf, carta organisasi, SOP, pekeliling serta pelbagai perkhidmatan ICT.
Harapan saya agar laman ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga kampus dalam memperkukuh budaya penggunaan teknologi terkini, sekaligus menyokong kecemerlangan akademik dan pentadbiran di UiTM Kampus Raub.
Sekian, terima kasih.
"Satu-satunya cara untuk melakukan pekerjaan yang hebat adalah dengan mencintai apa yang kamu lakukan" ~ Steve Jobs