Latihan Industri

Latihan Industri di Bahagian Infostruktur UiTM Kampus Raub

Saya mengalu-alukan pelajar Sains Komputer dan Teknologi Maklumat yang mempunyai asas pengaturcaraan atau programming untuk melakukan latihan industri di Bahagian Infostruktur, UiTM Kampus Raub. Namun begitu, tiada elaun diberi sepanjang tempoh latihan industri tersebut. Saya juga mencadangkan agar saudara / saudari mencari latihan industri di sektor swasta dulu yang mempunyai reputasi bagus di samping mendapat kemudahan elaun.

Saya ada beberapa projek jika berminat untuk buat latihan industri di sini iaitu:

  1. Mobile App menggunakan Flutter framework

  2. Web App menggunakan Laravel framework.

Sila beritahu rakan-rakan yang lain jika berminat untuk buat latihan disini, terutamanya anak Raub dan Pahang. Sila emel atau telefon Pegawai Teknologi Maklumat, UiTM Kampus Raub jika betul-betul berminat nanti.