1.4 KELENTURAN

1) Maksud:

Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan bergerak pada julat pergerakan maksimum.

2) Faedah Latihan:

a) Mengurangkan risiko mendapat kecederaan.

b) Meningkatkan prestasi dalam sukan.

c) Mewujudkan rasa selamat dan selesa semasa melakukan aktiviti.

d) Mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa semasa melakukan kerja.

e) Meningkatkan kualiti daya tahan, kekuatan dan ketangkasan.

f) Menambahkan keupayaan untuk bergerak secara bebas dan mudah.

3) Contoh Aktiviti:

a) Kilas pinggang

b) Bengkok sisi

c) Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang.

d) Duduk melunjur dan jangkau