1.1 DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

1) Maksud:

Kemampuan jantung, sistem salur darah dan sistem pernafasan membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan semasa melakukan aktiviti.

2) Faedah latihan:

a) Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah.

b) Mengurangkan kandungan kolestrol dan glukosa di dalam darah.

c) Mengurangkan dan mengawal berat badan.

d) Mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

e) Mengawal penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi.

3) Contoh aktiviti:

a) Senamrobik

b) Berlari dan berjalan pantas

c) Skiping

*aktiviti dilakukan sekurang-kurangnya 15 - 30 minit, 3 kali seminggu.

4) Tips:

a) Mengesan keberkesanan latihan melalui kadar nadi latihan yang harus dicapai.

b) Kadar Nadi Latihan = ( Kadar Nadi Maksimum - Kadar Nadi Rehat ) x Intensiti + Kadar Nadi Rehat

*Kadar Nadi Maksimum = 220 - umur

c) Contoh:

Lim - 13 tahun,

Kadar Nadi Rehat = 72,

Intensiti 60%

Kadar Nadi Latihan = ((220-13)-72) x 60% + 72

= (135 x 60 / 100) +72

= 81 + 72

= 153 denyutan seminit.