1.3 KEKUATAN OTOT

1) Maksud:

Kemampuan otot melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum.

2) Faedah Latihan:

a) Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis.

b) Mencegah atau mengurangkan masalah penyakit hipokinetik.

c) Mengurangkan rasa tekanan.

d) Mengawal berat badan.

e) Mengurangkan risiko mendapat kecederaan.

f) Membentuk postur yang baik.

g) Mencegah masalah sakit di bahagian bawah belakang badan.

h) Otot menjadi hipertropi.

3) Contoh Aktiviti:

a) Mendagu

b) Tekan tubi

c) Naik turun bangku

d) Bangkit tubi

3) a)