Penilaian prestasi pembekal merupakan kaedah yang digunakan untuk memantau ketidakpatuhan dalam perolehan Kerajaan. Prestasi pembekal hendaklah direkod, dianalisa dan dipantau secara berterusan bagi semua Pesanan Kerajaan yang dikeluarkan. Kriteria penilaian prestasi pembekal seperti di Jadual di bawah: [29]
Jawatankuasa Farmasi Logistik Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah bersetuju pada 20 November 2023 untuk menggunakan skema pemarkahan seperti di bawah:
AKAN DATANG
Senarai Stok Bertarikh Luput (KEW.PS-6) WAJIB disediakan pada setiap bulan. Dikemas kini dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tamat tarikh luput, dalam minggu pertama setiap bulan, dengan mencatatkan baki stok dan tarikh dikemas kini. [21]
Bagi fasiliti dengan sistem PhIS, senarai ini (KEW.PS-6) boleh dijana dari sistem setiap hujung bulan, dan boleh dicetak serta difailkan, atau disimpan dalam bentuk softcopy.
Jika stok tidak dapat dihabiskan dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh luput, tindakan berikut mestilah diambil:
Mengemukakan satu senarai kepada Stor Pusat dan mengeluarkan bagi tujuan tawaran ke fasiliti lain, latihan, pengembangan, pembangunan dan seumpamanya.
Memulangkan kepada pembekal atau melupuskan mengikut peraturan pelupusan jika stok luput kerana tiada permintaan atau penggunaan.
Stok tidak aktif hendaklah dikaji semula parasnya supaya stok tidak menjadi usang dan tidak bergerak
Pemantauan Senarai Stok Lambat Bergerak perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun selaras dengan ketetapan dalam kriteria Audit Dalaman Amalan Farmasi (ADAF).
Bagi fasiliti dengan sistem PhIS, senarai ini boleh dijana dari sistem melalui modul Inventory > Store Inventory > Slow Moving Item > Slow Moving Item, dan boleh dicetak serta difailkan, atau disimpan dalam bentuk softcopy.
Stok yang disenaraikan ini perlu disemak sama ada masih diperlukan atau boleh dinyahaktif. Makluman juga boleh dibuat kepada preskriber bagi mendapatkan maklum balas atau menggerakkan stok tersebut.[21]
Sekiranya tiada keperluan untuk penggunaan secara dalaman, stok yang disenaraikan ini boleh ditawarkan bersekali dengan tawaran Stok Hampir Luput (jika berkenaan)
Edaran boleh dilaksanakan melalui salah satu dari dua kaedah berikut:
Tawaran melalui surat rasmi dan diedarkan kepada PTJ lain sama ada melalui emel atau pos.
Menggunakan fungsi disseminate di dalam sistem PhIS bagi tujuan edaran.
PERINGATAN:
PTJ diminta mengutamakan edaran di dalam negeri terlebih dahulu.
Bagi tawaran ke negeri lain, salinan surat tawaran tersebut boleh diemelkan kepada PIC Logistik negeri untuk tujuan edaran.
Tawaran kepada fasiliti lain melalui aplikasi Whatsapp/Telegram atau lisan tidak dikira sebagai edaran secara rasmi.
Analisis ABC adalah salah satu kaedah pengawalan stok mengikut kumpulan harga setiap stok. Ianya adalah sebahagian daripada kaedah yang digunakan untuk memastikan pengawalan stok adalah secara kos efektif. Penentuan kategori ubat dalam Formulari Ubat KKM juga mengambil kira analisis ABC. [29]
Mengawal pembelian secara kos efektif
Mengelakkan lambakan stok terikat dalam nilai yang tinggi
Menentukan impak perolehan sesuatu item terhadap keseluruhan kos inventori
Stok kumpulan A
Kumpulan item yang paling tinggi dari sudut harga item dan menggunakan 70% perbelanjaan tahunan. Item kumpulan A perlu diurus dengan kawalan yang ketat bagi membolehkan pengurusan stok yang efektif dan memastikan penggunaan ruang yang optimum. Stok kategori A kebiasaannya disimpan ditempat yang lebih selamat dan pembelian dilakukan dengan lebih kerap.
Stok kumpulan B
Kumpulan item yang mempunyai kos sederhana yang menggunakan 20% perbelanjaan tahunan. Stok kumpulan ini memerlukan kawalan dan pengurusan stok secara sederhana.
Stok kumpulan C
Kumpulan item yang paling murah dari segi kos harga dan memerlukan pemantauan yang kurang berbanding kawalan item kumpulan B. Ianya hanya menggunakan 10% daripada keseluruhan perbelanjaan tahunan. Ringkasan kumpulan stok adalah seperti di Jadual.
Kaedah 1
Analisa ABC boleh dijana secara terus menggunakan sistem PhIS.
Kaedah 2
Jana laporan perolehan tahunan dari sistem PhIS atau dari kaedah lain. Pastikan kriteria ini wujud:
Nama Item
Nilai per Item
Kuantiti Perolehan
Jumlah Perolehan Tahunan
Susun senarai mengikut nilai menurun bagi Jumlah Perolehan Tahunan
Hitung peratus (%) nilai perolehan item berbanding nilai perolehan tahunan bagi keseluruhan senarai.
Jumlahkan kumulatif peratus (%) nilai setiap item berbanding nilai perolehan tahunan bagi keseluruhan senarai.
Tetapkan cut-off points bagi item dalam Kategori A, B dan C berpandukan jadual di atas.
Analisa ABC digunakan dalam membantu menentukan status atau corak perbelanjaan dan penggunaan ubat setiap PTJ.
Dilaporkan dalam Mesyuarat JKUT setiap PTJ.
Analisis ABC hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya setahun sekali.
Digunakan dalam menentukan katalog/formulari setiap PTJ.
Analisis VEN adalah kaedah yang digunakan untuk mengkategorikan ubat atau barang keperluan perubatan mengikut kepentingannya dalam penjagaan kesihatan
Membantu menentukan keutamaan untuk perolehan bekalan ubat difasiliti.
Mengoptimumkan perbelanjaan ubat-ubatan
Kategori Ubat boleh dibahagikan mengikut kategori sangat penting (Vital), penting (Essential) dan tidak penting (Non-essential) seperti di jadual di bawah.
Analisis VEN membolehkan perbandingan dibuat untuk ubat-ubatan yang mempunyai efikasi dan kegunaan ubat-ubatan yang berbeza dibandingkan berbanding analisis kategori ABC yang hanya boleh membandingkan ubat-ubatan dalam kumpulan efikasi dan terapeutik yang sama. [29]
Klasifikasi semua ubat dalam senarai sebagai V, E atau N
Menganalisis item dalam kategori "N". Semak keperluan semula sama ada perlu mengurangkan kuantiti pembelian atau tiada keperluan perolehan.
Kenal pasti dan hadkan duplikasi terapeutik.
Pertimbangkan kuantiti pembelian yang dicadangkan.
Mohon peruntukan tambahan jika perlu.
Pegawai yang bertugas di UFL bertanggungjawab untuk memantau dan/atau mengesahkan laporan/analisa berikut:
Laporan Terperinci (LBPP &LBI)
KPI AP1: Peratus Fasiliti KKM Yang Berjaya Mencapai Stok Ubat Yang Optimum (1-3 Bulan)
QAP 3: Percentage of Value of Stock Disposed to Value of Stock Handled
Borang PF 1-4
Laporan Kedudukan Semasa Stok (KEW.PS-14)
Laporan Penilaian Prestasi Pembekal
Laporan Piagam Pelanggan
Kajian Kepuasan Pelanggan
Analisis ABC
Analisis VEN (jika berkenaan)
Analisa tempoh eGRN bagi penerimaan item Konsesi APPL
Lain-lain laporan seperti diminta dari masa ke semasa
Laporan Kedudukan Stok (KEW.PS-14) perlu disediakan setiap suku tahun bagi semua kategori stor. Laporan kedudukan stok dipantau melalui kadar pusingan stok mengikut jenis perbelanjaan (OL27401, OL27404, OL27403 & OL27499). Kadar pusingan stok adalah bilangan pengeluaran stok secara keseluruhan, kumpulan atau satu jenis item dalam simpanan bagi sesuatu tempoh.
Stor yang diuruskan dengan cekap dan berkesan hendaklah mencapai sekurang-kurangnya empat (4) kadar pusingan dan dapat memenuhi keperluan pengguna. Kadar pusingan stok yang lebih tinggi menunjukkan penggunaan stok yang aktif dan pegangan stok yang lebih ekonomi. Jika sebaliknya, paras stok perlu dikaji semula bagi mengurangkan stok yang tidak bergerak, tamat tempoh penggunaan, rosak dan usang.
Kadar pusingan stok perlu dilaporkan secara tahunan melalui KEW.PS-14 berdasarkan format dan formula pengiraan yang telah ditetapkan. Laporan ini perlu dikemukakan kepada Unit Pengurusan Aset di Kementerian/Jabatan untuk dilaporkan kepada JKPAK. Laporan ini boleh dijana melalui PhIS & CPS. [29]
Stor yang berjaya memenuhi semua pesanan adalah stor yang mencapai paras perkhidmatan yang baik.
Rajah: Contoh Piagam Pelanggan UFL [50]
UFL perlu membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima. Manakala, CFLN dan PFB perlu membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 21 hari bekerja selepas pesanan (pesanan penggal) yang lengkap diterima. [29]
Tahap prestasi perkhidmatan farmasi logistik adalah seperti di bawah:
Kaedah pengiraan prestasi perkhidmatan adalah seperti Jadual di bawah: [29]
Numerator : Bilangan item yang dibekalkan dalam tempoh yang ditetapkan
Denominator : Bilangan item yang dibekalkan
*Nota: Bilangan item dibekalkan secara penuh berdasarkan kuantiti yang diluluskan oleh UFL.
AKAN DATANG
Pemantauan ke atas kualiti perkhidmatan pelanggan perlu dilaksanakan bagi memastikan tahap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah responsif, cekap dan berkesan.
Penilaian prestasi perkhidmatan boleh dilaksanakan dengan menjalankan kajian kepuasan pelanggan dan menilai aduan pelanggan yang diterima. Kajian ini perlu dilaksanakan sekurang-kurangya sekali setahun dan tindakan sewajarnya perlu diambil berdasarkan analisa maklum balas bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan. [29]
AKAN DATANG
Jawatankuasa Ubat dan Terapeutik (JKUT) mengumpulkan pelbagai profesional kesihatan di sesebuah institusi/fasiliti. Jawatankuasa ini diwujudkan dengan tujuan utama untuk memperbaiki mutu penyampaian kesihatan kepada pesakit khususnya yang berkaitan dengan ubat-ubatan (termasuk vaksin).
Mesyuarat JKUT perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun seperti yang digariskan dalam terma rujukan bagi jawatankuasa ini. Pelaksanaan mesyuarat JKUT perlu mempunyai perancangan dan agenda yang bersesuaian bagi memastikan isu-isu yang dibincangkan adalah selari dengan matlamat penubuhan jawatankuasa tersebut. [51]
JKUT Peringkat Hospital
Keanggotaan JKUT Hospital adalah terdiri daripada pegawai-pegawai berikut:
Pengarah Hospital - Pengerusi
*Timbalan Pengarah Klinikal/Pegawai Perubatan Kanan - Pengerusi Silih Ganti
Ketua-ketua Jabatan/Pakar Klinikal dalam bidang klinikal utama* - Ahli
Ketua Pegawai/Jabatan Farmasi - Setiausaha
Pakar/Pegawai lain yang dilantik oleh Pengerusi - Ahli
* Bergantung kepada carta organisasi hospital
JKUT Peringkat Kesihatan
Keanggotaan JKUT Kesihatan adalah terdiri daripada pegawai-pegawai berikut:
Pegawai Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian - Pengerusi
#Pakar Perubatan Keluarga Terkanan/Pegawai Perubatan Kesihatan (y/m)/Pegawai Perubatan Kanan - Pengerusi Silih Ganti
Pakar Perubatan Keluarga/Pegawai Perubatan Kesihatan (y/m) - Ahli
Pegawai Farmasi Kesihatan Daerah/Bahagian/Kawasan - Setiausaha
Penyelia/Ketua Jururawat Daerah/Bahagian/ Kawasan - Ahli
Penyelia/Ketua Penolong Pegawai Perubatan Kanan - Ahli
Pegawai lain yang dilantik oleh Pengerusi - Ahli
# Bergantung kepada carta organisasi Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian
Perutusan Pengerusi;
Pembentangan maklumbalas bagi tindakan yang perlu dilaksanakan daripada mesyuarat terdahulu;
Pembentangan cadangan pindaan/tambahan kepada formulari ubat-ubatan fasiliti;
Pembentangan dan pertimbangan Dossier D3 dan D5 untuk dikemukakan kepada JKUT Negeri/Sekretariat FUKKM;
Pembentangan laporan-laporan yang berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab JKUT;
Perbincangan hal-hal lain yang berkaitan dengan ubat-ubatan.