INTERMEDIATE
MENGENAI MODUL INI
PENGENALAN
Pengurusan Farmasi Logistik perlu dilakukan dengan cekap dan teratur untuk memastikan bekalan perubatan sentiasa mencukupi dan mengelakkan pembaziran. Selain itu, ianya juga dapat menjamin kualiti bekalan perubatan yang diperoleh seterusnya dapat memenuhi kehendak pelanggan. Hal ini perlu dilaksanakan dengan mematuhi prosedur kewangan dan perolehan kerajaan yang berkuatkuasa.
Modul latihan ini diwujudkan untuk memastikan asas-asas kewangan dalam perolehan kerajaan dan tatacara pengurusan stor dapat difahami dan dilaksanakan. Ianya boleh dijadikan rujukan pantas untuk pegawai tanpa sebarang pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan farmasi logistik. Pegawai dinasihatkan untuk sentiasa melengkapkan ilmu pengetahuan berkaitan logistik dengan merujuk garis panduan, pekeliling dan peraturan semasa yang berkuat kuasa seperti di bawah:
Garis Panduan Pengurusan Farmasi Logistik Di Kementerian Kesihatan Malaysia
Arahan Perbendaharaan (AP)
Pengurusan Belanjawan (PB), Pekeliling Perbendaharaan
Perolehan Kerajaan (PK), Pekeliling Perbendaharaan
Pengurusan Wang Awam (WP), Pekeliling Perbendaharaan
Pengurusan Aset (AM), Pekeliling Perbendaharaan
Tadbir Urus Kewangan (PS), Pekeliling Perbendaharaan
Surat Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa
Guideline On Good Distribution Practice, National Pharmaceutical Regulatory Division
Ini merupakan modul kedua dari 3 peringkat modul yang disediakan mengikut keperluan pengajaran dan tugas hakiki pelajar modul (Beginner, Intermediate dan Advance)
OBJEKTIF
Peserta memahami asas kewangan dalam perolehan kerajaan (farmasi).
Peserta memahami Tatacara Pengurusan Stor.
Peserta memahami fungsi asas PhIS yang melibatkan inventori.
KUMPULAN SASARAN
Pegawai Farmasi DENGAN pengalaman dalam asas pengurusan logistik
Pegawai Farmasi yang akan bertugas di Farmasi Logistik dan telah ada asas pengurusan stor
Pegawai yang telah mahir dengan Modul Latihan (Beginner Level)
SUBMODUL