Bahagian 1
Transformasi Microsoft di Portal DELIMa
Transformasi Microsoft di Portal DELIMa
Gambar rajah 1: Domain mengikut Negeri
Kemaskini baharu, pengguna perlu menambahkan “negeri” dalam e-mel DELIMa untuk mengakses perkhidmatan Microsoft di portal DELIMa 2.0.
Secara keseluruhan terdapat 17 domain negeri yang digunakan. Sila rujuk gambar rajah 1, untuk mengetahui domain anda mengikut negeri.
Berikut adalah CONTOH penggunaan e-mel Microsoft yang baharu.
PPD-XXXX@johor.moe-dl.edu.my
g-XX123456@johor.moe-dl.edu.my
m-123456@johor.moe-dl.edu.my
Khusus pengguna negeri Selangor sahaja!
Pengguna di negeri Selangor, anda terbahagi kepada 2 domain.
Iaitu Selangor1 dan Selangor2.
Setelah anda jelas dengan perubahan domain. Sila baca dan fahami carta alir proses log masuk dengan NPC Microsoft di DELIMa 2.0. Rujuk Gambar rajah 2 atau tonton video di bawah ini.
Gambar rajah 2: Carta Alir Pengalaman Baharu Akses Microsoft di DELIMa
Video 1: Pengalaman Baharu Akses Microsoft di DELIMa
Anda sudah memahami langkah-langkah untuk log masuk dengan domain yang baharu, kini ayuh ke bahagian 2 untuk ketahui lebih lanjut cara mendapatkan kata laluan anda!