Dapatkan khidmat bantuan dan sokongan daripada komuniti Guru Peneraju Generasi Digital (GPGD) tentang penggunaan teknologi Microsoft di DELIMa. 59 pakar telah dipilih dikalangan guru dan pegawai KPM dan telah dianugerahkan sijil perlantikan secara rasmi di Majlis "Teacher Appreciation Night" anjuran Microsoft bersama Fedelis, dengan kerjasama pihak KPM dan MARA. Antara peranan komuniti GPGD ini adalah:
1. Menjadi pakar rujuk teknikal berkaitan dengan penggunaan teknologi dan aplikasi Microsoft.
2. Menyediakan khidmat bantu kepada guru-guru untuk mendapatkan sumber Microsoft daripada saluran yang betul.
3. Sebagai penyumbang idea & kandungan Microsoft untuk platform YouTube DELIMa.
4. Sebagai peneraju utama dalam menggerakkan aktiviti dan program pendidikan Microsoft untuk DELIMa.
Ikuti Facebook MIE Expert Malaysia untuk ketahui lebih lanjut tentang aktiviti dan kemaskini teknologi Microsoft dalam pendidikan.
Berminat untuk menjadi sebahagian daripda komuniti hebat ini! Jom sertai dengan langkah pertama iaitu menjadi Microsoft Innovative Educator.
Maklumat lanjut: https://education.microsoft.com/en-us/resource/18485a7b