No.1
Penyimpanan fail adalah secara automatik.
OneDrive membantu anda tidur dengan lena kerana anda tidak perlu risau lagi akan kehilangan fail yang disebabkan oleh kecurian, bencana alam & kegagalan cakera keras (hdd). Jika anda muat turun aplikasi Onedrive dalam komputer, kesemua fail anda automatik disegerakkan (synchronized) terus ke storan awan tanpa perlu klik butang “save” lagi. Fail anda akan selamat daripada kerosakan (corrupted files)! Malah, lebih hebat lagi, Onedrive ini boleh tersedia dalam versi iPhone, iPad, telefon pintar dan tablet Android, PC dan juga Mac. Akses fail anda di mana-mana sahaja.
No.2
Akses fail anda di mana-mana sahaja.
Kita sudah tahu, bahawa aplikasi OneDrive boleh dipasang (install) di pelbagai peranti seperti dibincangkan di atas, dan ia merupakan perkhidmatan atas talian. Dengan mudah, anda boleh mengakses fail anda untuk bekerja dimana-mana sahaja dengan pelbagai pilihan peranti kesukaan anda. Apa yang anda perlukan hanyalah capaian internet dan juga akaun Microsoft.
No.3
Mudahkan proses edit antara peranti.
Bayangkan, anda boleh edit slaid pembentangan hanya menggunakan telefon pintar sementara berada di dalam pengangkutan awam. Kemudian, sesudah sampai ke sekolah, anda boleh terus beralih peranti kepada PC anda untuk sambung proses edit. Semasa pembentangan, anda boleh menggunakan iPad. Mudahkan? Anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk “copy & paste” dokumen menggunakan wayar USB, “thumb drive”, “external HDD” dan e-mel yang mempunyai had saiz fail iaitu 25MB sahaja.
No.4
Berkongsi fail dan dokumen dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa yang anda mahukan.
Antara perkhidmatan yang menakjubkan yang tersedia dalam OneDrive, adalah anda boleh berkongsi dokumen, gambar, dan video dengan orang mengikut tetapan dan privasi anda. Anda boleh memutuskan siapa yang boleh mengakses fail tersebut dan apa yang mereka boleh lakukan dengan fail itu, samada hanya untuk melihat sahaja ataupun melihat dan berkolaborasi dalam proses edit dokumen tersebut. Jika proses kolaborasi sudah selesai, anda boleh memutuskan untuk menutup akses mereka kepada dokumen itu. Perkongsian fail ini amat mudah, daripada dokumen anda boleh terus emel kepada mereka yang berkenaan tanpa perlu membuka aplikasi emel, atau anda boleh cipta pautan untuk dikongsikan Bersama. Mudah, hanya perlu “paste” di saluran yang anda mahu seperti Whatsapp, Telegram dan platfom Media sosial.
No.5
Menjejak rekod fail, sejarah edit, dan membuat perbandingan antara versi yang sudah tercipta.
Anda mesti selalu ataupun pernah bekerja di dalam kumpulan bukan? Pasti ada mereka yang di dalam ahli kumpulan yang tidak memberikan sebarang sumbangan. Tetapi bagaimana anda ingin buktikan perkara tersebut? Ambil contoh, perkara ini sering terjadi di kalangan pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Jadi dengan kelebihan OneDrive, ahli kumpulan boleh menjejaki rekod sejarah edit yang dilakukan dan menghantarnya kepada pensyarah sebgai bukti semua ahli kumpulan memberikan sumbangan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Solusi ini juga boleh di lakukan di sekolah, pejabat dan perniagaan. Bukan sahaja rekod sejarah edit dokumen, bahkan anda boleh melihat senarai versi dokumen daripada awal lagi semasa anda mencipta dokumen tersebut tanpa memenuhkan simpanan cakera keras komputer anda. Semuanya di simpan selamat di dalam OneDrive.
Teruskan ke bahagian Office Online