Outlook
Aplikasi bagi emel, kalendar dan direktori kenalan. Dengan menggunakan aplikasi Outlook, anda boleh:
Menghantar dan menerima emel.
Mewujudkan temu janji dan khidmat peringatan.
Menambah informasi mesyuarat Teams di dalam emel jemputan mesyuarat.
Menetapkan Outlook atau mana-mana program emel untuk mengakses emel, kalendar dan kenalan Office 365 anda.
Mengimport emel dan kenalan, dari akaun lama anda.
OneDrive
Perkhidmatan storan awan dalam talian yang boleh digunakan untuk menyimpan dokumen, nota, foto, muzik, video, atau jenis fail lain. Dengan OneDrive anda boleh mengakses fail anda dari mana-mana peranti dan anda boleh berkongsi dengan orang lain dengan mudah.
Pengguna Office 365 DELIMa akan menerima 1 TB storan awan per akaun. OneDrive boleh diselaraskan secara automatik dengan komputer pengguna untuk digunakan apabila di luar talian, iaitu tanpa internet. Apabila kembali terhubung dengan internet, maka dokumen, fail atau folder akan dikemaskini secara automatik.
Office Online
(Word, PowerPoint, Excel, OneNote): Office Online adalah sebahagian daripada perkhimatan yang terdapat di dalam pakej Office 365 DELIMa. Office Online merupakan satu pakej perisian dalam talian (Online) yang membolehkan pengguna mengakses melalui pelayar (browser) sahaja untuk mencipta dan mengemaskini dokumen seperti Word, Excel, PowerPoint dan OneNote secara terus di dalam talian. Memudahkan pengguna untuk membuat kerja kemaskini yang ringkas dan cepat di mana-mana peranti walaupun tidak dipasangkan (install) aplikasi Office di peranti tersebut.
Teams
Microsoft Team adalah hab digital yang menawarkan khidmat perbualan, perkongsian dokumen dan fail. Pengguna boleh menggabungkan aplikasi Office 365 yang lain di satu tempat iaitu Teams. Mencipta saluran & kumpulan, berhubung dan berkomunikasi dengan rangkaian kenalan lebih mudah dengan Teams, menjadikan pengalaman unggul untuk anda rasai semasa bekerja.
Sway
Microsoft Sway adalah alat pembentangan interaktif untuk bercerita secara digital. Sway bersifat mudah alih dan adaptif, serta membolehkan penonton memberi tumpuan kepada isi kandungan. Sway di dalam Office 365 menggabungkan teks, imej, video, dan kandungan tertanam (embed) untuk digabungkan menjadi persembahan interaktif. Persembahan Sway boleh di kongsikan dengan mudah melalui pengimbasan kod QR, atau dimasukkan ke dalam halaman OneNote serta ditanam(embed) ke dalam website melalui kod tanam “embed code”. Pelbagai templat disediakan untuk memudahkan pengguna, dan pencipta Sway juga adalah kemampuan untuk mengesan penonton yang melawat ke halaman Sway mereka. Selain itu, Sway boleh dijadikan alat untuk berkolaborasi untuk projek dan pembentangan secara berkumpulan.
Forms
Dengan Microsoft Forms, anda boleh membuat tinjauan, kuiz, dan pengundian pendapat, dan dengan mudah melihat hasil keputusan secara lansung. Apabila anda membuat kuiz atau tinjauan, anda boleh menjemput orang lain untuk respon dengan menggunakan pelayar web yang mereka suka, seperti peranti mudah alih. Apabila keputusan dihantar, anda boleh menggunakan analisis yang disediakan dalam Microsoft Forms untuk menilai keputusan hasil respon. Data hasil dapatan, seperti keputusan kuiz, boleh dieksport dengan mudah ke Excel untuk analisis tambahan atau penggredan markah.
Stream
Microsoft Stream adalah langganan perkhidmatan video di mana pengguna dalam organisasi boleh memuat naik, melihat, mengatur dan berkongsi video dengan jaminan keselamatan. Amat sesuai kepada pengguna di semua peringkat dan perniagaan yang berminat untuk menggunakan video di tempat kerja untuk berhubung, bekerjasama, belajar dan berkongsi maklumat. Sesiapa sahaja boleh mencari video dengan mudah dan menggunakannya pada peranti mereka, bila-bila masa dan di mana sahaja.
Power Automate
Power Automate membenarkan pengguna untuk mewujudkan aliran kerja automatik tanpa bahasa pengaturcaraan di antara aplikasi dan perkhidmatan Office 365 anda untuk mereka sistem pemberitahuan, menyegerakkan fail (files sync), sistem mengumpul data, dan banyak lagi. Anda boleh menukarkan proses berulangan kepada aliran kerja yang mudah. Sebagai contoh, dengan beberapa klik anda boleh hasilkan sistem pendaftaran yang menggabungkan forms, outlook dan sistem pemberitahuan secara lansung (real time notification) kepada admin. Tanpa memerlukan pengaturcaraan yang kompleks.
SharePoint
Organisasi menggunakan SharePoint untuk membuat laman web. Di Office 365, anda boleh membuat laman web menggunakan SharePoint. Anda juga mendapat halaman SharePoint kumpulan secara lansung apabila anda membuat kumpulan di Outlook Online atau Office 365. Jika anda berada dalam SharePoint Server, anda boleh membuat satu pasukan atau beberapa jenis laman web lain. Anda boleh menggunakan halaman ini sebagai tempat yang selamat untuk menyimpan, menyusun, berkongsi, dan mengakses maklumat dari mana-mana peranti. Apa yang anda perlukan adalah pelayar web, seperti Microsoft Edge, Internet Explorer, Google Chrome, atau Mozilla Firefox.
Teruskan ke bahagian OneDrive