Microsoft Teams adalah sebuah hub yang boleh diintegrasikan dengan semua aplikasi Office 365 dan ribuan lagi aplikasi pendidikan yang popular .
Microsoft Teams sesuai dijadikan sebagai
Platform utama untuk pengurusan dan akademik di bilik darjah dan sekolah.
Platform untuk kelas dalam talian, mesyuarat dan siaran lansung untuk majlis rasmi anjuran sekolah.
Aplikasi Microsoft Teams boleh didapati dalam portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang telah diusahakan oleh pihak KPM dengan kerjasama pihak Microsoft.
Semua guru dan murid sekolah di bawah pentadbiran KPM diberikan akses kepada aplikasi Teams ini dalam portal DELIMa.
Teruskan ke bahagian Cara Akses