Log masuk ke Portal DELIMa. https://d2.delima.edu.my/
Klik ikon Microsoft di Menu Utama.
Aktifkan aplikasi Microsoft Teams anda.
Pilih kelas yang anda inginkan. Klik pada menu Assignments.
Pilih Create > Assignment
Sila isikan tajuk Assignment tersebut, kerana ia adalah wajib. Pilih Attach. Kemudian pilih Reading Progress daripada senarai menu.
4. Kini tiba masa untuk memilih petikan untuk murid anda.
Sila pilih Muat naik Word or PDF. Boleh dimuat naik menerusi fail sendiri yang tersimpan di peranti, fail daripada Class Notebook, fail Teams, atau OneDrive.
Anda juga punyai pilihan, untuk menggunakan petikan sedia ada dengan memilih Browse sample library.
Makluman: Bahasa Inggeris adalah pilihan bahasa automatik, selain Bahasa Inggeris, anda juga boleh memilih untuk Bahasa Melayu dan pelbagai bahasa lagi.
5. (Info tambahan) Masukkan penyelarasan tambahan untuk mendapatkan lebih banyak data untuk tujuan rujukan semasa semakan kerja murid dilakukan.
Reading level: Mengenalpasti tahap bacaan yang sesuai untuk kelas anda. Reading level yang telah ditetapkan boleh digunakan sebagai kata kunci untuk buat pencarian menggunakan Insights.
Genre: Pilih samada Fiction atau Non-Fiction.
Number of Attempts: Choose Unlimited untuk membenarkan murid berlatih bacaan tanpa ada had, atau tetapkan jumlah percubaan dengan memilih bilangan nombor yang anda rasakan sesuai.
Pronunciation sensitivity: Tetapkan tahap pengesanan sebutan semasa proses bacaan dilakukan untuk menganggarkan ralat sebutan. Pilih Less sensitive untuk lebih fleksibel terhadap ralat sebutan, dan More sensitive untuk meningkatkan ketetapan sebutan semasa bacaan dilakukan. Penyelarasan ini boleh diubahsuai semasa semakan kerja murid dilakukan.
Require video: Anda boleh memilih Yes jika perlukan murid untuk merekod video semasa aktivit bacaan, atau pilih No jika cukup sekadar merekod audio bacaan murid.
Edit your passage: Sekiranya muat naik Word atau PDF, anda boleh melakukan penyuntingan.
Student View: Pilih fungsi ini untuk melihat pratonton paparan murid apabila menerima tugasan.
6. Klik butang Next.
7. Sebelum klik butang Assign, anda boleh sunting dan buat penambahan untuk bahagian Instructions, Points dan Date due.
8. Klik butang Assign untuk hantar kepada murid.
*Murid anda akan mendapat notifikasi untuk Assignment yang baharu, dan akan muncul dalam senarai Assignment guru.
Kumpulkan data yang bermanfaat ketika anda menyemak dan memulangkan Reading Progress Assignment murid.
Pilih kelas yang anda ingin lakukan semakan, dan pilih Assignments Tab yang terletak di atas antaramuka (interface) Teams.
Di bawah Assigned, pilih Assignment yang anda ingin semak.
Assignments telah diasingkan kepada To Return dan Returned.
Pilih Returned dan kemudian pilih murid yang telah menghantar kerja mereka. Rakaman video dan petikan yang diberikan kepada murid akan dibuka dalam panel Grading.
5. Klik pada butang Play untuk tonton rakaman video dan dengar bacaan murid.
6. Klik untuk tandakan dan kategorikan kesalahan bacaan yang dilakukan oleh murid dengan memilih perkataan yang murid terlepas. Pilih jenis kesalahan daripada senarai menu (dropdown menu). Reading Progress akan mengumpulkan dan menyusun kesalahan berkenaan mengikut Accuracy rate dan Correct words per minute di bahagian atas panel semakan.
7. Guru boleh menentukan format laporan untuk diberikan kepada murid.
Sila pilih Full report untuk masukkan Correct words per minute dan Accuracy rate di dalam laporan murid bersertakan semakan kesalahan bacaan, atau pilih laporan jenis Simplified report, yang hanya menunjukkan kod warna mengikut kesalahan bacaan.
Pilih Custom report untuk anda sendiri tentukan data laporan prestasi bacaan yang hendak diberikan kembali kepada murid. Setelah selesai, klik butang Save.
Sekiranya anda ingin gunakan penyelarasan untuk laporan ini sekali sahaja, maka pilih Just this once. Jika tidak pilih pihan yang kedua untuk digunakan pada masa hadapan. Setelah selesai, tekan butang Save.
8. Seterusnya, isikan maklumbalas dan markah untuk kerja murid, dan klik butang Return.
9. Klik pada butang Next di sebelah nama murid anda, untuk buat semakan pada murid yang lain.
Pn. Norhayati binti Masah
Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Operasi & Teknikal, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM
Muat turun SLAID
Deep dive demo: Reading Progress in Teams
Zulhilmi Ahmad
Enfrasys, Microsoft Global Training Partner
Muat turun SLAID
Dr. Nor Fadzleen binti Sa’don
Academic Lecturer, English Language Teaching Centre (ELTC), KPM
Dapatkan Slaid dan bahan bacaan yang telah disediakan oleh Dr. Nor Fadzleen binti Sa'don seperti pautan berikut:
Deep dive demo: Reading Progress integration with ELTC resources
Cikgu Tan Lee Yin
SMK Damansara Jaya
Guru Peneraju Generasi Digital (GPGD)
Muat turun SLAID