Office 365 adalah satu set gabungan perkhidmatan yang terdiri daripada pelbagai aplikasi Microsoft dan dipakejkan untuk langganan pengguna.
Kini, guru dan murid boleh akses ke pelbagai aplikasi Office365 seperti Word, PowerPoint, Excel dan OneNote melalui pelantar DELIMa. Semua aplikasi ini adalah berasaskan web dan boleh diakses dengan e-mel DELIMa.
Dengan Office 365, guru boleh bekerja dengan cara yang anda mahu dari mana-mana sahaja. Guru boleh menggunakan aplikasi kesukaan seperti Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan banyak lagi di mana-mana sahaja peranti. Mulakan kerja di sekolah, semak semula pada tablet semasa bersantai di kantin, kemudian tambah sentuhan akhir pada komputer riba anda di rumah.
Dengan aplikasi Office yang sentiasa dikemas kini, guru tidak pernah akan ketinggalan dengan arus kemodenan & teknologi. Ayuh, kita mengenali antaramuka Office 365 dengan lebih dekat. Tetapi sebelum itu, mari kita pelajari bagaimana untuk akses ke portal Office 365 di pelantar DELIMa terlebih dahulu.
Sila tonton video berikut untuk mengetahui cara log masuk menggunakan NPC Microsoft melalui pelantar DELIMa.
Tip amalan terbaik:
Cipta profil dengan e-mel "New Personalized Credential "di browser anda.
Semasa memasukkan kata laluan anda, disarankan untuk pilih “Keep me signed in” untuk mengelakkan proses yang sama dan memudahkan anda untuk menjejak kembali kata laluan yang telah disimpan.
Pastikan anda simpan e-mel dan kata laluan akaun ini dengan baik. Jika anda terlupa juga, maka boleh gunakan khidmat “Forgot my password”.
No. 1
Alternatif ataupun Jalan pintas “Short cut” kepada semua aplikasi yang terdapat di papan muka Office anda. Misalnya, anda sudah membuka aplikasi OneDrive, kemudian rasa ingin membuka aplikasi Outlook. Tanpa membuang masa, terus klik pada ikon 1, dan anda boleh memilih untuk membuka aplikasi Outlook.
No. 2
Merupakan butang utama “Home button” ke papan pemuka Office 365.
No. 3
Fungsi pencarian untuk aplikasi Office yang ada, dokumen yang anda sedang kerjakan, simpan dan mencari kenalan yang ada ataupun yang pernah anda simpan/hubungi.
No. 4
Membolehkan anda mengubah sebarang tetapan yang sedia ada, seperti tema, kata laluan, bahasa & masa.
No. 5
Membolehkan anda untuk melihat dan mengemaskini profil anda, serta melihat maklumat lengkap akaun anda seperti perkhidmatan yang dilanggani.
No. 6
Bahagian Aplikasi Microsoft. Klik pada All Apps untuk melihat keseluruhan aplikasi yang disediakan.
Teruskan ke bahagian Aplikasi Office365