Sebagai ketua pentadbir pengurus dan mempengerusikan mesyuarat AJK induk PSS.
Memastikan PSS berjalan dengan berkesannya demi mencapai objektifobjektif PSS yang telah dirangka.
Membentuk dasar yang praktikal mengenai perkhidmatan media di sekolah dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan ini dengan PSS yang lain dengan bantuan Unit Sumber Teknologi Pendidikan (USTP).
Merancang dan melaksanakan program untuk mendapatkan alat atau media serta kemudahan-kemudahan lain untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang progresif.
Menyelaraskan kursus-kursus dalam perkhidmatan bagi guru-guru yang berminat, berbakat dan memerlukan.
Mengadakan perbincangan dengan para pegawai USTP pelbagai peringkat mengenal program media pendidikan di sekolah.
Merancang belanjawan tahunan dan belanjawan jangka panjang dengan kerjasama AJK PSS lain.
Membuat penilaian yang berterusan terhadap kegiatan-kegiatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber di sekolah.
Menjalankan penyelidikan dan percubaan mengenai penggunaan media baharu dan yang selalu digunakan dengan kerjasama USTP.
Menyediakan kemudahan membaiki dan mengendalikan alat-alat pengajaran dan pembelajaran.
Melahirkan satu budaya yang boleh menggalakkan guru-guru dan murid-murid untuk menggunakan bahan-bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui PSS merentasi kurikulum.
Menyebarkan konsep PSS kepada guru-guru, murid-murid dan masyarakat tempatan.
Sentiasa peka dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan dan maklumat terkini.
Dapat menerima perubahan dalam pendidikan dengan fikiran terbuka dari semasa ke semasa.
Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan memastikan agar dapat dilaksanakan.
Membantu menggariskan matlamat, objektif dan perancangan dasar yang akan dilaksanakan oleh PSS.
Memantau dan memastikan program-program pembangunan serta perancangan aktiviti agar dilaksanakan dengan cemerlangnya.
Menyediakan senarai semak tugas untuk memastikan perkembangan dan tindak ikut perancangan dan pembangunan PSS.
Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS dengan kerjasama semua AJK Kerja PSS.
Mengurus dan mengelolakan semua kemudahan fizikal dan perkhidmatan yang disediakan oleh PSS.
Memilih dan memesan bahan-bahan perlu dan yang bersesuaian untuk keperluan masyarakat sekolah dengan kerjasama guru-guru.
Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
Bekerjasama dengan pihak-pihak bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan program perkembangan staf.
Menggalakkan guru dan murid untuk menpelbagai media dalam pendidikan.
Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurus pembangunan PSS.
Menganjurkan sesi promosi yang bersesuaian untuk menggalakkan budaya penggunaan perkhidmatan disediakan oleh PSS.
Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara yang berkaitan dengan aktiviti PSS.
Memastikan penyediaan rekod-rekod yang lengkap untuk tujuan penyemakan oleh pegawai-pegawai pendidikan yang melakukan lawatan.
Menyediakan laporan tahunan PSS.
Mendapatkan maklum balas dan cadangan-cadangan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh PSS.
Membuat penilaian dan kaji selidik tentang keberkesanan penggunaan semua perkhidmatan yang disediakan oleh PSS.
Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.
Merancang supaya dapat membudayakan penggunaan media pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan murid-murid di sekolah.
Menyebarkan maklumat-maklumat terkini tentang teknologi pendidikan kepada semua guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Membantu AJK PSS dalam pemilihan bagi mendapatkan alat dan bahan pengajaran yang bersesuaian untuk kegunaan guru dan murid.
Membantu dan merancang agar guru-guru dapat membina alat dan bahan pengajaran dengan menggunakan pendekatan bersistem.
Menilai keberkesanan alat dan media pengajaran yang dibeli ataupun yang dihasilkan sendiri.
Mewakili PSS dalam semua aktiviti perkembangan kurikulum sekolah.
Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah.
Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan penggunaan perpustakaan.
Melatih dan menyelia petugas-petugas perpustakaan untuk membantu pengurusan perpustakaan.
Memastikan bahawa perpustakaan diurus dengan teraturnya dan bersistematik.
Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perpustakaan.
Merancang anggaran belanjawan tahunan perpustakaan.
Menyimpan rekod-rekod yang berkaitan dengan pengurusan perpustakaan yang bersistem.
Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada guru-guru dan muridmurid yang memerlukan.
Memperoleh dan menyemak alat-alat perolehan (bibliografi, katalog penerbit, senarai tajuk dan lain-lain) untuk memilih mengetahui jenis-jenis dan tajuk-tajuk buku yang perlu dibeli untuk menambahkan koleksi di perpustakaan.
Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun.
Mengelas dan mengkatalog bahan-bahan dari koleksi.
Menyediakan katalog yang dikemas kini untuk kemudahan rujukan guru-guru dan murid-murid yang memerlukan.
Menyediakan jadual waktu penggunaan perpustakaan yang praktikal dan berkesan.
Melantik pengawas PSS dan mengadakan program-program latihan yang bersesuaian dengan keperluan.
Membantu mengurus semua program media PSS yang berkaitan dengan perkhidmatan perpustakaan.
Membantu murid-murid untuk memilih buku-buku dan bahan yang bersesuaian untuk bacaan dan rujukan.
Mengadakan sesi tunjuk ajar kepada murid-murid tentang cara-cara memaksimumkan penggunaan perpustakaan demi peningkatan akademik.
Menyediakan Senarai Semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah dari semasa ke semasa
Membantu GPM merancang dan melaksanakan aktiviti program NILAM peringkat sekolah.
Menyimpan segala rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat.
Menyelaraskan perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan.
Mempamer data dan maklumat di Sudut NILAM yang wujud di sekolah.
Mengumpulkan maklumat kertas kerja, laporan dan bahan serta menyerahkannya kepada pihak pentadbir.
Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada Penyelaras Program dan salinan kepada pengerusi.
Menyemak dan mengesahan rekod bacaan NILAM.
Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah dari semasa ke semasa.
Mencatatkan semua bekalan alat perkakasan (hardware) dan bahan-bahan perisian (software) yang dibeli atau diterima ke dalam buku stok alat bantu mengajar.
Mengelaskan dan mengkatalogkan semua bahan perisian yang dibeli atau diterima.
Menyediakan dan mengedarkan katalog alat bantu mengajar dari semasa ke semasa untuk pengetahuan guru-guru dan murid-murid yang memerlukan.
Mengadakan sesi perkembangan staf dalam pembinaan media kos rendah dan praktikal serta untuk menggalakkan penggunaan media pengajaran pembelajaran yang bersesuaian oleh guru-guru dan murid-murid
Menasihati dan membimbing guru-guru serta murid-murid tentang kaedah memilih jenis-jenis media yang bersesuaian, praktikal dan berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran.
Mewujudkan budaya pinjaman dan penggunaan alat dan bahan bantu mengajar yang sistematik dan berkesan khususnya bagi keperluan pengajaran guru-guru.
Mengadakan promosi bagi menggalakkan penggunaan ABM dari semasa ke semasa untuk makluman guru dan murid.
Melaporkan sebarang kerosakan alat-alat perkakasan atau perisian kepada Penyelaras PSS supaya tindakan segera boleh dilakukan untuk penggantian dan pembaikan.
Menentukan bahawa semua peralatan bantu mengajar agar sentiasa dalam keadaan baik untuk digunakan.
Menyediakan buku-buku rekod yang perlu untuk memudahkan penyemakan oleh pihak pengurusan ataupun bagi tujuan semakan oleh pegawai-pegawai pendidikan yang memerlukannya.
Menentukan supaya Buku Rekod Penggunaan disediakan untuk kemudahan para pengguna membuat catatan penggunaan yang perlu.
Menyediakan Senarai Semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah dari semasa ke semasa
Menggalakkan pembudayaan penggunaan media teknologi Pendidikan terutamanya alat dan bahan tayangan, rakaman serta penggunaan nota-nota yang bersesuaian untuk digunakan.
Membina koleksi pita-pita video dan audio atau sumber-sumber teknologi pendidikan yang bersesuaian untuk kegunaan guru dan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Berusaha mengambil tindak ikut untuk mempertingkatkan penggunaan APD.
Menyediakan jadual penggunaan, statistik ataupun mempamerkan bahanbahan yang bersesuaian bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan yang disediakan.
Menyediakan dan mengedarkan katalog alat bantu mengajar dari semasa ke semasa untuk pengetahuan guru-guru dan murid-murid yang memerlukan.
Melaporkan sebarang kerosakan alatan supaya segera dibaik pulih dengan secepat mungkin.
Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengurusan komputer termasuk keperluan-keperluan semasanya.
Mempunyai catatan (Buku Stok) semua perbekalan alatan atau perkakasan serta perisian (software) seperti komputer, kertas, dakwat dan lain-lain.
Bertanggungjawab untuk melatih pelanggan etika penggunaan komputer dan kerahsiaan data serta membudayakan penggunaan komputer melalui program literasi komputer yang bersesuaian.
Menggalakkan penggunaan komputer untuk tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran.
Berusaha mengelas dan mengkatalog media storan yang dimiliki.
Merancang aktiviti unit komputer.
Menyediakan keperluan operasi yang sistematik seperti jadual waktu, rekod penggunaan dan lain-lain.
Melaporkan sebarang kerosakan supaya dapat dilakukan tindakan baik pulih atau penggantian dengan kadar segera.
Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah dari semasa ke semasa.