Menentukan dan menyelaras segala Dasar Kurikulum Sekolah supaya selari dengan dasar yang ditetapkan oleh PPD/JPN/KPM dan Akta Pendidikan Negara.
Menyampaikan maklumat terkini mengenai pendidikan / kurikulum kepada guru-guru.
Menetapkan system fail/ format jawatankuasa kurikulum dan Panitia mata pelajaran.
Mewujudkan suasana PdP yang kondusif
Membuat garis panduan dan penilaian prestasi PdP.
Memastikan mutu PdP dapat dilaksanakan secra berkesan bagi meningkatkan prestasi pelajar berdasarkan Instrumen 4 SKPMg2
Mengesan dan memastikan supaya Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Rancangan Pengajaran dilaksanakan dengan sempurna.
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurang empat (4) kali setahun
Menentukan dasar dan hala tuju pengurusan kurikulum sekolah.
Merancang dan mengurus pengoperasian kurikulum di sekolah.
Merancang dan mengawal pengurusan sumber berkaitan kurikulum di sekolah.
Mengenal pasti dan menyelesaikan isu dan permasalahan berkaitan kurikulum di sekolah.
Merancang, memantau, menilai dan menambah baik pelaksanaan program dan aktiviti kurikulum di sekolah.
Membina hubungan seranta dengan ibu bapa, komuniti dan pihak yang berkepentingan.
Melaporkan dan mendokumenkan program dan aktiviti berkaitan kurikulum di sekolah.
Mengurus dan menyelia pengoperasian bilik-bilik khas berkaitan kurikulum.
Merancang, menyusun dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan tahap pencapaian sekolah di bidang pengurusan, akademik, kemenjadian murid, kokurikulum dan keceriaan.
Membuat penilaian kendiri tahap pencapaian sekolah berdasarkan keputusan Pelaporan Sekolah Rendah dan PKSR.
Melaksanakan tugas PPS di bawah komponen terlibat untuk mengurus pelaporan SKPMg2.
Melaksanakan amalan MMI.
Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.
Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai.
Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.
Menentukan penggunaan bengkel dan makmal.
Menentukan guru kelas berdasarkan kelas yang diajar
Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu ditentukan
Membuat pindaan jika perlu
Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada PGB dan dipaparkan untuk makluman semua
Membantu menyediakan jadual ganti guru
Bersama Ketua Panitia merancang ketetapan yang menjadi pegangan Komponen Pengurusan Kurikulum Sekolah.
Memastikan semua data pentaksiran setiap tahun dikumpul dan dianalisa untuk digunakan dalam perancangan tahun semasa.
Memastikan analisa headcount dibuat untuk digunakan dalam perancangan PdP oleh guru-guru mengikut mata pelajaran.
Memastikan pencerapan dijalankan dan menganalisa semua dapatan pencerapan
Untuk menambah baik pengoperasian PdP :
Memastikan guru merancang dan melaksanakan intervensi dalam PdP untuk menghasilkan PdP cemerlang.
Memastikan murid yang terlalu lemah dalam kemahiran 3M dirujuk kepada Guru Pemulihan dan membekalkan maklumat mereka apabila diperlukan.
Memastikan guru melaksanakan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan di dalam bilik darjah.
Memastikan tugasan disemak oleh guru dan pembetulan dilaksanakan sebagai penambahbaik PdP.
Menentukan penggunaan DSKP yang dikemas kini.
Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran/ pembelajaran yang dikemas kini.
Bertanggungjawab menyediakan rancangan pengajaran Tahunan.
Menyelaraskan penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan pemeriksaan kertas-kertas jawapan.
Menganalisis keputusan peperiksaan dan mengkaji serta mencari jalan untuk memajukan tahap pencapaian dari semasa ke semasa.
Menentukan jenis-jenis buku yang perlu ada di sekolah (perpustakaan) untuk rujukan guru.
Memberi kerjasama kepada jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan bukubuku teks yang digunakan.
Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran, jika diperlukan.
Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan / buku kerja bagi setiap kelas, jika diperlukan.
Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan baharu yang diperlukan seperti sukatan baru, kaedah pengajaran dan pembelajaran baru, jika ada.
Membuat anggaran perbelanjaan tahunan dengan persetujuan pihak sekolah.
Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekalkan dan meningkatkan prestasi murid.
Melaksanakan peraturan-peraturan panitia sedia ada.
Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurangnya satu (1) dalam sepenggal atau lebih kerap, jika perlu.
Memastikan penyeliaan penyemakan buku latihan murid dilaksanakan sekurang-kurangnya (2) kali setahun.
Merancang dan melaksanakan program-program serta intervensi untuk kemajuan murid dan program di bawah arahan KPM.
Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi persediaan peperiksaan.
Memberikan peluang kepada guru dan murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar pandangan.
Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
Memantapkan matlamat dan hala tuju selepas peperiksaan.
Memberikan pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
Memberikan pendedahan tentang ransangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid.
Menyelaraskan pelaksanaan segala perancangan pembelajaran menggunakan pelantar maya yang dikuatkuasakan.
Mengurus latihan dan kursus dalaman berkaitan aplikasi dan juga kaedah pembelajaran berkaitan penggunaan ICT.
Merancang aktiviti pembudayaan pembelajaran berasaskan ICT melalui program program khas yang melibatkan semua warga sekolah.
Menyediakan jadual penggunaan Makmal dan memastikan penggunaan dengan berkesan.
Menyediakan prosedur kerja untuk memastikan semua pengguna mengetahui, memahami dan mematuhi langkah-langkah keselamatan.
Mengumpulkan bahan pembelajaran untuk dijadikan koleksi sekolah.
(A) PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) ASPEK PENGURUSAN
Menubuhkan jawatankuasa penjaminan kualiti PBS yang melibatkan aktiviti pementoran, pemantauan, pengesanan dan penyelarasan.
Memastikan semua murid memiliki pelaporan akhir PBS.
Memastikan pentaksiran dijalankan sepanjang pengajaran dan pembelajaran.
Menyediakan dan memantau perjalanan pentaksiran dan pelaporan dua (2) kali setahun.
Memastikan penyelarasan skor di peringkat sekolah dilaksanakan.
Memastikan pentaksir memaklumkan skor kepada murid dan ibu bapa/penjaga yang ditaksir dan murid menandatangani borang skor individu bagi setiap pentaksiran.
Memastikan pentaksir melaporkan tahap penguasaan murid dalam PBD menggunakan templat pelaporan secara luar talian yang digunakan mengikut tahun semasa di peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.
Menyediakan fail pengurusan PBS.
Menyediakan laporan pencerapan dan pemantauan.
Menyediakan analisis pentaksiran keseluruhan.
ASPEK PENJAMINAN KUALITI PBS
JK PEMENTORAN
Memberikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mengenai prosedur dan garis panduan kepada guru.
Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru.
Membimbing dan membantu guru menyelesaikan masalah.
Meningkatkan profesionalisme dan kualiti kerja guru.
JK PEMANTAUAN
Memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan.
Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS.
Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS.
Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran dalam pelaksanaan PBS.
Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.
3. JK PENGESANAN
Memastikan instrumen pentaksiran menepati dokumen kurikulum.
Memastikan item yang dibina sesuai dengan konstruk yang diukur.
Memastikan item yang dibina menepati prinsip pembinaan item.
Memastikan item yang dibina sesuai dengan tahap penguasaan murid.
Memastikan item menggunakan laras bahasa yang sesuai.
Memastikan masa yang diperuntukkan mencukupi.
Memastikan kebolehtadbiran dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.
Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.
JK PENYELARASAN
Menyelaraskan pengetahuan dan kefahaman guru terhadap panduan penskoran.
Memastikan guru memeriksa hasil kerja murid berdasarkan panduan penskoran.
Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan sebenar murid.
Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor.
Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.
JK hendaklah memastikan infrastruktur dan kelengkapan fizikal bagi pelaksanaan mata pelajaran dengan komponen pentaksiran pusat telah dilengkapkan sebelum menawarkan mata pelajaran berkenaan.
Pihak sekolah hendaklah mengendalikan pentaksiran pusat bagi calon sekolah.
Calon yang memerlukan pengecualian pentaksiran pusat hendaklah memohon kepada pihak sekolah pada tahun peperiksaan dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti laporan perubatan tahun semasa atau kad OKU.
Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan pengecualian pentaksiran pusat kepada Pengarah Pendidikan, JPN.
Pihak sekolah dan JPN hendaklah menghantar skor Pentaksiran Pusat ke Lembaga Peperiksaan (LP) mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Skor Pentaksiran Pusat yang dihantar selepas keputusan peperiksaan diumumkan tidak akan diproses.
Permohonan Pembetulan Maklumat Calon (PMC) bagi skor Pentaksiran Pusat yang telah dihantar ke LP dikenakan bayaran mengikut kadar yang sedang berkuat kuasa.
Tempoh penyimpanan dokumen skor dan bahan bukti ialah enam bulan selepas tarikh pengumuman keputusan peperiksaan. Dalam tempoh tersebut, calon boleh mendapatkan bahan bukti daripada pihak sekolah untuk tujuan rasmi dan mengembalikannya setelah selesai digunakan.
Selepas tempoh penyimpanan tamat, pihak sekolah boleh menyerahkan bahan bukti kepada calon yang memerlukannya.
PGB hendaklah melupuskan bahan bukti yang tidak dituntut oleh calon selepas 30 hari tempoh penyimpanan tamat.
Bagi calon pindah pusat, sekolah asal hendaklah menyerahkan dokumen skor dan bahan bukti mudah alih calon kepada sekolah baharu. Sekolah baharu hendaklah menghantar skor calon kepada LP.
Bagi calon menumpang, sekolah asal hendaklah menghantar skor calon kepada LP.
Pihak sekolah?JPN hendaklah mengeluarkan pelaporan pencapaian calon selewat-lewatnya pada tarikh pengumuman keputusan.
Menerima pencalonan daripada guru-guru kelas atau guru mata pelajaran.
Mengatur dan menjalankan Ujian Saringan Murid Pemulihan.
Mencadangkan murid yang layak ke program Pemulihan.
Menyarankan murid kepada ibu bapa untuk menyertai program pemulihan.
Menyediakan jadual kelas Pemulihan.
Menjalankan ujian diagnostik murid-murid pemulihan.
Mengurus fail pengurusan murid-murid pemulihan (berkaitan organisasi, AJK, carta alir kerja dan takwim program).
Mengurus fail peribadi murid-murid pemulihan (kebenaran ibu bapa, pencalonan, biodata).
Mengurus fail data penguasaan murid termasuk Analisa Saringan, diagnostik, tahap penguasaan serta mengumpulkan lembaran kerja yang digunakan.
Mengurus kelas pemulihan supaya lebih kondusif, bersudut dan selesa untuk pelaksanaan PdP pemulihan.
Menjalankan Instrumen Penentu Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP) dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) kepada murid-murid yang mempunyai ciri-ciri Murid Berkeperluan Khas (MBK).
GURU MATA PELAJARAN
Memahami konsep dan tujuan Program Transisi.
Menggunakan pelbagai pendekatan terhadap murid yang berbeza.
Membantu merancang aktiviti yang memenuhi keperluan JERI murid.
Merekod dan mengemaskinikan rekod pembelajaran 3M dan dalam aktiviti pra huruf, pra nombor dan pra warna.
Membuat laporan dari semasa ke semasa kepada jawatankuasa mengenai perkembangan setiap murid dalam mata pelajaran mereka.
Merangka strategi untuk menyelesaikan tahap penguasaan 3M murid yang berbeza.
Menyimpan hasil keputusan penilaian, pemerhatian dan ujian sepanjang tahun.
Menjaga dan mengemaskinikan sudut dan ruang mata pelajaran masing-masing.
Membuat dan membaiki BBM untuk dipamerkan di sudut atau ruang mata pelajaran.
Menyediakan rancangan tahunan bertema dan rangka aktiviti untuk minggu transisi.
Memahami konsep dan tujuan Program Transisi.
Menyediakan persekitaran kelas yang ada persamaan dengan tadika.
Melukis pelan bilik darjah.
Menyediakan sudut ruang mata pelajaran.
Menjaga dan memantau keceriaan dan kebersihan kelas berdasarkan garis panduan yang diberikan.
Prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan murid semasa di sekolah dan bertanggungjawab kepada ibu bapa dan penjaga murid.
Menyediakan senarai bahan dan peralatan untuk kegunaan bilik darjah.
Mengumpul maklumat untuk tujuan perekodan daripada ibu bapa/penjaga murid.
Menyimpan rekod profil dan rekod kesihatan murid.
Membahagikan murid kepada kumpulan mengikut kecerdasan dan tahap kemampuan murid selepas minggu transisi.
Mengumpul dan menyediakan laporan murid tentang penguasaan nilai, rutin dan peraturan dalam bilik darjah secara berterusan.
Mengutip dan merekod yuran daripada ibu bapa dan penjaga.
Merangka dan menyelaraskan aktiviti untuk tiga (3) minggu (sepanjang Program Transisi dijalankan).
Merancang aktiviti untuk hari pendaftaran, majlis suai kenal tahun satu dan majlis penutupan minggu transisi.
Mencari sumber kewangan untuk melaksanakan aktiviti yang hendak dirancang.
Mengumpul rekod serta laporan untuk dirumuskan kepada pihak pentadbir.
Mengemaskinikan fail perlaksanaan program transisi secara berterusan.
Membantu menyediakan dan mengedar bahan edaran kepada ibu bapa penjaga.
Membantu memantau sepanjang pelaksanaan program.
Bertindak sebagai pakar rujuk.
Mencatat minit mesyuarat dan taklimat yang dilakukan secara formal atau tidak.
Membantu merancang aktiviti untuk hari pendaftaran, minggu transisi, majlis suai kenal murid tahun satu dan majlis penutup minggu transisi.
Menyedia dan mengedarkan atur cara bagi setiap majlis formal sepanjang program diadakan.
Mengedar surat edaran dan undangan kepada pihak yang berkenaan.
Memastikan maklumat disampaikan jelas dan mendapat maklumbalas seperti yang dikehendaki.
Menyimpan fail dan rekod pelaksanaan program.
Menyediakan laporan bertulis mengenai perlaksanaan program pada akhir tahun