Kursus luar KPM / Swasta yang dihadiri serta mendapat Sijil Kehadiran atau surat panggilan sebagai bukti. (Modul Individu)
SULP mendaftar kursus yang dijalankan di sekolah secara berkelompok.
Muat naik bukti tersebut dlm SPLKPM untuk proses sokongan.
Merekod Wacana ilmu / bengkel yang dianjurkan oleh sekolah secara berkelompok.
Wacana ilmu merujuk kepada peningkatan ilmu atau perkongsian amalan terbaik bagi meningkatkan kemenjadian murid serta memartabatkan profesion keguruan.
Untuk lawatan penanda aras dalam dan luar negeri Selangor perlu hantar permohonan ke PPD untuk sokongan KPPD. Kemudian PPD akan panjangkan permohonan tersebut ke JPN bagi kelulusan pengarah. JPN akan keluarkan surat kelulusan kepada sekolah.
Untuk lawatan keluar negara sekolah perlu hantar permohonan ke Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, JPN untuk sokongan. Kemudian JPN akan panjangkan permohonan ke BPG KPM untuk kelulusan.
Def - proses bimbingan berterusan yang melibatkan interaksi dan pembelajaran dua hala berkaitan tugas dan tanggungjawab.
Ia merangkumi kompetensi profesional, budaya, sosial dan peribadi.
Hanya mentor perlu mendaftar dengan menggunakan no kp mentee.
Semua pentadbir , mentor lantikan sekolah , ketua panitia dan Jurulatih Utama adalah mentor.
Mentee & mentor akan mendapat mata mengikut jam yang direkodkan. Maximum adalah 10 MK. 1 jam = 10 MK.
Terdapat 2 jenis pementoran :
Pementoran Biasa
Pementoran PPGB
PLC ialah singkatan kepada program professional learning communities. PLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian.
No Rujukan : KP(BPG)9094/600/3/5 Jilid6(95)
Ketua kumpulan perlu daftarkan ahli kumpulan PLC.
Menghantar laporan PLC kepada penyelaras PLC dan perlu daftar dlm SPLKPM.
Terdapat 11 jenis PLC iaitu :
Learning Walk Problem Solving Group
Lesson Study Critical Friends Group
Peer Coaching Horizontal Team
Video Critique Vertical Team
Teacher Sharing Session Action Research
Teacher Study group
JURULATIH UTAMA KUALA LANGAT