SOALAN 1
Jika penjawat awam tidak mencapai 5 hari berkursus dan 42 mata kredit pada hujung tahun, ada apa-apa tindakan ke?
Semua penjawat awam tertakluk kepada :
Dasar Latihan Sumber Manusia tahun 2005
Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil 4 tahun 2016 ( ada tanggungjawab individu dan ketua jabatan)
Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil 1 Tahun 2021
Surat siaran BPSM Tahun 2022
Surat arahan JPN setiap tahun semasa.
Di mana pada tahun 2023, semua penjawat awam perlu mencapai 5 hari latihan , mencapai 42 mata kredit MyPPB dan membuat sekurang-kurangnya 1 e-pembelajaran. Pemerkasaan mata kredit akan memberi kesan kepada kenaikan pangkat, anugerah APC dan permohonan HLP untuk sambung belajar.
SOALAN 2
2. Sekiranya guru atau AKP tidak aktif akibat sakit seperti strok atau menerima rawatan, apa tindakan SULP ?
Untuk Guru atau AKP yang mengalami sakit berpanjangan, SULP perlu tagging mereka sebagai MASALAH KESIHATAN @ PILIH YANG BERKAITAN dalam SPLKPM. Guru tersebut tidak perlu mencapai 5 hari latihan dan 42 mata kredit.
SOALAN 3
3. Sekiranya sekolah ingin membuat penanda aras ke sekolah lain, perlu atau tidak memaklumkan kepada PPD ? Apa dokumen yang perlu disertakan kepada PPD? Kepada sekolah di lawat, mereka perlu daftar sebagai apa?
Untuk penanda arasan ke sekolah lain, sekolah yang membuat penanda aras perlu sertakan kertas kerja & laporan penanda aras untuk tujuan pengesahan perekodan dalam SPLKPM. Sekolah yang melawat perlu daftarkan sebagai Penanda aras manakala sekolah yang dilawati daftar sebagai Perkongsian Ilmu dalam SPLKPM .
SOALAN 4
4. Webinar yang diikuti dalam youtube dan mendapat sijil, boleh ke daftar sebagai e-pembelajaran ?
Untuk makluman Webinar TIDAK DIKIRA SEBAGAI E-PEMBELAJARAN. Webinar adalah aktiviti yang dikira sebagai kursus. Aktiviti epembelajaran adalah seperti dalam senarai yang ada pada dorpdown SPLKPM menggunakan pelantar tersebut. Epembelajaran adalah kursus dalam talian yang ada modul dan penilaian untuk mendapatkan sijil penyertaan seperti EPSA dan PPGB bagi guru baharu.
SOALAN 5
5. Webinar selain daripada dalam SPLKPM boleh didaftarkan dalam SPLKPM atau tidak ?
Webinar yang dibenarkan hanya terdapat dalam SPLKPM sahaja dengan membuat ulasan sebagai eviden. Namun webinar anjuran LUAR KPM, boleh didaftarkan sebagai KKL dengan sertakan SIJIL PENYERTAAN sebagai eviden.
SOALAN 6
6. Adakah AKP perlu buat pembentangan pembacaan buku? Adakah jenis buku juga mengikut kompetensi guru?
Untuk AKP tiada penetapan jenis buku dan tidak perlu pembentangan. Pembentangan hanya perlu jika mereka buat perkongsian pengalaman kerja.
SOALAN 7
7. Sekiranya guru dilantik menjadi JU untuk latih murid ko-akadmeik atau sukan peringkat sekolah/ daerah/ negeri boleh atau tidak dikira sebagai sumbangan profesional?
Boleh jika lantikan tersebut dari JPN / PPD. Jika lantikan dari ketua jabatan ( Pengetua / Guru Besar ) TIDAK BOLEH
SOALAN 8
8. Guru saya terlibat sebagai pengurus pasukan caklempong murid sekolah. Beliau ada buat sasaran untuk cari tempat persembahan dan diletakkan dalam borang keberhasilan PBPPP. Adakah boleh dikira sebagai sumbangan atau boleh masuk dalam mana-mana aktiviti Myppb yang lain?
Jika tugas tersebut tersenarai dalam keberhasilan PBPPP bermaksud ia adalah TUGAS HAKIKI maka tidak boleh direkodkan sebagai mata kredit PPB.
SOALAN 9
9. Sekiranya menjadi ahli PIBG sekolah anak, boleh daftar sebagai sumbangan bukan profesional tak?
Ahli PIBG sekolah anak tidak boleh didaftarkan sebagai sumbangan , namun sekiranya menjadi AJK PIBG sekolah tersebut boleh didaftarkan sebagai sumbangan.
SOALAN 10
10. Bimbingan dan pementoran ini mesti guru besar @ pentadbir saja ke boleh jadi mentor? kalau sama-sama guru boleh tak?
Guru besar / Pengetua dan pentadbir boleh menjadi mentor kerana jawatan yang disandang. Guru juga boleh menjadi mentor kepada guru lain sekiranya sekolah melantik guru tersebut sebagai mentor. Jurulatih Utama yang dilantik oleh PPD / JPN juga boleh menjadi mentor.
SOALAN 11
11. Boleh tak guru yang sambung master daftarkan tesis sebagai penyelidikan ?
Guru yang membuat tesis BOLEH daftarkan sebagai penyelidikan dalam SPLPM.
SOALAN 12
12. Saya telah melantik beberapa guru untuk menjadi ketua kitar semula , fesyen show dan sudut pidato peringkat sekolah, boleh tak dijadikan sebagai sumbangan dan didaftarkan dalam SPLKPM?
TIDAK BOLEH kerana itu adalah tugas hakiki guru. Sekiranya guru tersebut dilantik oleh PPD / JPN untuk program kitar semula peringkat Daerah / Negeri baru boleh didaftarkan sebagai sumbangan profesionalisme. Dalam erti kata lain, segala tugasan yang termaktub dalam buku pengurusan sekolah adalah KERJA HAKIKI kita.
SOALAN 13
13. Apakah caranya untuk mencapai 42 mata kredit MyPPB ?
Caranya adalah dengan membuat :
4 pembacaan buku untuk 20 MK
4 epembelajaran akan dapat 20 MK ( ikut bilangan jam )
2 sumbangan akan dapat 10 MK
2 buletin akan dapat 10 MK
( tertakluk kpd individu masing-masing )
SOALAN 14
14. SULP telah menyokong pembacaan buku dan epembelajaran , namun mata kredit saya masih tidak berubah. Mohon pencerahan.
Mata kredit tidak berubah kerana pihak BPG belum menjana data pada bulan tersebut. Data akan dijana 2x sebulan mengikut keperluan KPM.
SOALAN 15
Saya telah membuat epembelajaran EPSA , elatih dan beberapa platform epembelajaran. Kenapa tiada satu pun yang direkodkan dalam sistem SPLKPM? Adakah ianya direkod secara automatik ? Mohon pencerahan.
Untuk makluman, guru atau AKP perlu mendaftar sendiri dalam SPLKPM berkaitan dengan e-pembelajaran. E-pembelajaran seperti EPSA , eLatih tidak direkodkan secara automatik . Sekiranya anda tidak mendaftar, SULP tidak dapat menyokong dan epembelajaran anda tidak dikira dalam bilangan hari dan mata kredit.
SOALAN 16
Bolehkah saya mendaftarkan Kursus Haji atau Umrah sebagai Kursus Luar KPM ?
Kursus Haji atau Umrah tidak boleh didaftarkan dalam SPLKPM kerana ia perlu berkait rapat dengan kompetensi guru.
SOALAN 17
Apakah perbezaan program LADAP dan Perkembangan Staf ?
Program LADAP dirancang mengikut TNA Analisis yang disi pada bulan November setiap tahun, manakala Program Perkembangan Staf tidak mengikut TNA analisis. 4 Kursus perlu dirancang untuk guru dan 1 kursus untuk AKP perlu dimasukkan dalam Pelan Operasi Latihan dan Takwim sekolah. Kursus tersebut perlu melalui proses seperti penyediaan kertas kerja, surat panggilan kursus, Laporan Kursus , pengisian Borang Instrumen Penilaian Program PK06-1 dan borang Instrumen Penilaian Penceramah PK06-2 serta tindak susulan yang diambil .
SOALAN 18
Apakah perbezaan epembelajaran dan Webinar ?
Epembelajaran dan webinar merupakan keadah pembelajaran kendiri dimana belajar atas daya usaha sendiri sama ada secara bersemuka atau secara online. Webinar bukanlah satu e-pembelajaran kerana ia sekadar tontonan dan tidak ada modul serta penilaian. Webinar dikategorikan sebagai kursus. Webinar yang terdapat dalam sistem SPLKPM sahaja dibenarkan dan ulasan sebagai eviden sokongan. Webinar selain dalam SPLKPM yang mendapat sijil , didaftarkan sebagai KKL oleh individu itu sendiri.
Epembelajaran merupakan satu kaedah pembelajaran secara online yang mempunyai modul dan penilaian untuk mendapatkan sijil. Sebagai contoh EPSA e-pembelajaran sektor awam , Portal e-Guru, Kursus I-think, e-latih , improve , dan semua platform yang terdapat dalam SPLKPM. Sijil perlu didaftarkan oleh individu sendiri dalam SPLKPM kerana ia bukannya secara automatik. Sijil tersebut perlu diberikan kepada SULP sekolah untuk sokongan.
SOALAN 19
Saya kurang faham berkenaan dengan pementoran .
Merujuk kepada Garis Panduan Pembangunan Profesionalisme Berterusan KPM , bimbingan dan pementoran ialah proses bimbingan berterusan yang melibatkan interaksi dan pembelajran dua hala antara pembimbing dengan yang dibimbing berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab. Interaksi ini merangkumi kompetensi profesional, budaya, sosial dan peribadi. Peningkatan prestasi secara strategik dan lebih berfokus melalui interaksi berterusan.
Mentor merujuk kpd pegawai yang dipilih oleh ketua jabatan untuk membimbing dalam perkembangan kerjaya seorang pegawai. Oleh itu, Mentor yang dilantik akan diberi surat lantikan. Ketua Jabatan, Penolong Kanan , mentor lantikan sekolah boleh merekod bimbingan dan pementoran.
Buktinya adalah surat lantikan, surat arahan, buku log, rekod sesi pementoran dan laporan refleksi.
SOALAN 20
Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi ?
Inovasi adalah hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Inovasi adalah penghasilan sesuatu yang baharu atau menambah nilai kepada sesuatu yang sedia ada. Inovasi merangkumi idea, prosedur kerja, sistem, kaedah, teknologi dan seumpamanya yang merupakan hasil cetusan pemikiran kreatif dan inovatif.
Bukti : Laporan / Anugerah / Sijil penghargaan / Sijil Penyertaan dan pengesahan Ketua Jabatan.
SOALAN 21
Maklumat guru tidak sama dengan eoperasi.
Sekiranya maklumat dalam SPLKPM tidak sama dengan eoperasi, sila rujuk PKP sekolah masing-masing. Ini kerana semua maklumat dalam SPLKPM disedut dalam eoperasi.
SOALAN 22
Tempoh pencapaian 5 hari berkursus sehingga Disember atau Julai setiap tahun?
Untuk makluman, KPI untuk mencapai 5 hari latihan bagi PPD adalah pada akhir bulan Julai. Oleh itu, sekolah perlu pastikan telah mencapai 5 hari latihan sebelum 31 Julai setiap tahun.