Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
SEGERA : PENYERTAAN DAN LAPORAN PROGRAM ‘AI UNTUK RAKYAT’ DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM - KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dengan hormatnya saya diarah untuk menarik perhatian YBhg. Datuk/Dato'/Datu/Dr./Tuan kepada perkara di atas dan surat rujukan JPA.KPPA/016 JLD18(52) bertarikh 17 Januari 2024 adalah berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa dalam usaha menjayakan Program ‘AI Untuk Rakyat’ yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Januari 2024, setiap penjawat awam di peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan, Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dikehendaki melengkapkan program pembelajaran ‘AI Untuk Rakyat’ secara dalam talian iaitu ‘AI Aware’ dan ‘AI Appreciate’. Program ini ialah hasil kerjasama pihak MyDIGITAL Corporation (MyDC) dan Intel Corporation.
3. Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datu/Dr./Tuan adalah dimohon untuk melaksanakan program ‘AI Untuk Rakyat’ di peringkat Bahagian KPM, JPN, PPD dan Sekolah dengan melengkapkan program pembelajaran secara dalam talian dengan peruntukan masa selama 4 jam bagi memperoleh lencana AI Aware dan AI Appreciate sebagai langkah untuk memastikan peningkatan kesedaran penjawat awam terhadap penggunaan teknologi termaju sekaligus berupaya untuk meningkatkan pencapaian pelaksanaan inisiatif pendigitalan Perkhidmatan Awam.
Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datu/Dr./Tuan DIWAJIBKAN untuk melengkapkan program pembelajaran tersebut dengan kadar segera melalui capaian https://ai.gov.my/#/home selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari pada 31 Januari 2024 (Rabu). Seterusnya, pelaporan juga hendaklah dikemaskini dalam SPLKPM melalui 'e-pembelajaran' bagi program 'AI untuk Rakyat' untuk membolehkan pelaporan KPM dijana daripada data yang telah dikemaskini dalam SPLKPM.
4. Sila hubungi pegawai Puan Fadzliaton Zainudin (fadzliaton@moe.gov.my) dan Encik Jasmadi Jamaluddin (jasmadi.jamaluddin@moe.gov.my) sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut. Surat rasmi berhubung arahan kepada pelaksanaan perkara ini akan menyusul.
6. Perhatian dan kerjasama YBhg.Datuk/Dato'/Datu/Dr./Tuan dalam perkara ini di dahului dengan ucapan terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menjalankan amanah,
Mohd Shahrin bin Omar
Sektor Dasar, Perancangan dan Penyelidikan
MAKLUMAN KEPADA SEMUA GURU DAN AKP
PER : CARA UPLOAD AI UNTUK RAKYAT DALAM HRMIS 2.0
* TUKAR BADGE AI AWARE & AI APPRECIATE DLM BENTUK PDF @ PNG KURANG 2MB
* BADGE HILANG - CARI DLM MEDIA ( SPLKPM HANTAR SIJIL SKKB ) TELEGRAM
https://t.me/+WMi9B_ScMZ7ghbQw
LANGKAH- LANGKAH :
1. LOGIN HRMIS 2.0 https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx
2. PEMBANGUNAN - PROGRAM PEMBANGUNAN KOMPETENSI
3. FUNGSI - PERMOHONAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI - PEMILIK KOMPETENSI
4. KLIK PROGRAM PEMBANGUNAN KOMPETENSI YANG TELAH DIHADIRI - PERMOHONAN BAHARU
5. KLIK PEMBELAJARAN KENDIRI - MUAT NAIK - CHOOSE FILE ( PASTIKAN PNG @ PDF SHJ TIDAK LEBIH 2 MB
6. SIMPAN - HANTAR
7. ULANG LANGKAH SETERUSNYA UNTUK BADGE YANG LAGI SATU .
8. UNTUK SEMAK STATUS TELAH DISOKONGA ATAU BELUM - KLIK FUNGSI - PAPARAN REKOD PEMILIK KOMPETENSI - PEMILIK KOMPETENSI
BAHARU (BELUM DISAHKAN) DISAHKAN ( TELAH DISAHKAN)
HARAP MAKLUM.
SULP
SKKB
HEBAHAN UNTUK SULP KUALA LANGAT
*PEREKODAN KURSUS DALAM MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN KOMPETENSI (PPK)*
Dimaklumkan bahawa *SEMUA Perkhidmatan Bukan Guru (PBG) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) diwajibkan untuk merekod kursus dan pembelajaran kendiri 'AI untuk Rakyat' dalam modul PPK dalam sistem HRMIS selain dalam SPLKPM mulai tahun ini*.
Perekodan kursus/latihan dalam modul PPK HRMIS perlulah *selesai dilaksanakan SEBELUM 15 Disember 2024*.
Bagi *PBG, sekiranya, semua kursus dan pembelajaran kendiri ‘AI untuk Rakyat’ tidak direkodkan dalam modul PPK, penilaian LNPT tidak dapat dilengkapkan dan dihantar untuk penilaian*.
Harap maklum dan terima kasih.
*SEKTOR SUMBER MANUSIA*
*JPN SELANGOR*
18 NOV 2024