Peningkatan Akademik hendaklah selepas menjawat pengesahan jawatan sebagai PPP bukannya sebelum menjadi guru.
Guru TIDAK PERLU daftar dalam SPLKPM. Maklumat itu akan dikemaskini secara automatik dalam HRMis.
Max 20 MK mengikut sijil yang diterima. PHD = 20 , Master = 15MK, Degree = 12MK, Diploma = 8MK ,Sijil - 4MK
Penyelidikan - mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara, menyelami lebih lanjut, menajalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan mendalam.
Kajian Tindakan - kajian berbentuk inkuiri refleksi kendiri oleh guru sebagai penyelidik melaksanakan intervensi yang bertujuan memperbaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing.
Menjalankan kajian tindakan / penyelidikan mengikut format yang diberikan ke PPD atau Ketua Jabatan.
Bukti adalah Sijil Penyertaan / Surat Sokongan
Muat naik Pdf dlm SPLKPM sebagai bukti.
Max 20MK , 1 kajian = 10MK
Inovasi dalam perkhidmatan awam adalah hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.
Inovasi ialah menghasilkan sesuatu yang baharu atau menambah nilai kpd sesuatu yang sedia ada. Ia merangkumi idea, prosedur kerja, sistem , kaedah, teknologi yang menrupakan hasil cetusan pemikiran kreatif dan inovatif.
Inovasi boleh dilakukan secara indivitu atau berkumpulan spt kumpulan inovasi dan kreativiti.
Bukti : Sijil Penyertaan / Surat Sokongan
Muatnaik surat tersebut dlm SPLKPM.
Max 20MK = 1 inovasi
menghasilkan salah satu penulisan dan pengkaryaan yang ditertera dalam SPLKPM.
Bukti : Muat naik pdf tersebut dalam SPLKPM.
Terdapat pelbagai jenis penulisan dan pengkaryaan dalam sistem. Oleh itu, guru digalakkan memilih penulisan yang sesuai untuk meningkatkan mata kredit.
Max 20MK , Buletin = 10MK , Buku = 20MK
Semua tugas, jawatan yang termaktub dalam buku pengurusan sekolah adalah tugas hakiki guru. Oleh itu, TIDAK BOLEH dijadikan sebagai sumbangan.
Sumbangan Prof merujuk kepada segala tugas, jawatan lantikan daripada PPD, JPNS atau KPM serta sumbangan bukan profesional dalam komuniti , NGO serta khidmat masyarakat.
Pengawas Peperiksaan SPM TIDAK BOLEH muat naik surat lantikan dari Lembaga Peperiksaan kerana tertakluk kepada Akta Kerahsiaan. Oleh itu, perlu lampirkan surat sokongan sekolah.
Bukti : Surat Lantikan / Sijil Penghargaan
Cth Sumbangan : Jurulatih Utama Daerah , Penyelaras Program PPD, Pegawai Teknik MSSD , AJK Kejohanan Anjuran PPD, Pengadil MSSD, Pembina Modul , Penceramah Jemputan , Pengerusi Masjid , Ahli NGO , YDP PIBG dll.
Guru perlu muat naik eviden dlm SPLKPM.
Max = 10MK , 1 Sumbangan = 5MK
Biasanya Program Sangkutan adalah melibatkan tempoh selama 3 bulan hingga 6 bulan .
Telah mendapat surat yang tertera perkataan Program Sangkutan.
Max 10MK
JURULATIH UTAMA KUALA LANGAT