Merupakan arahan KPM bagi pengesanan tahap kompetensi digital dalam kalangan PPP menerusi Sistem Guru Malaysia (SGMy)
Hanya untuk GURU sahaja.
Terdapat 3 tahap iaitu asas , pertengahan dan tinggi.
Semua guru perlu menjawab kompetensi digital.
4 kategori yang tidak perlu menjawab adalah :
COS
POOL
HLP sepenuh masa
Guru cuti sakit berpanjangan
Salam Malaysia Madani
Salam Karamah Insaniah
Salam Anak Baik Lagi Cerdik
Salam JPN Selangor Sentiasa Berkualiti Dan Terus Unggul
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.
*PENGESANAN KOMPETENSI DIGITAL PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) TAHUN 2023*
Untuk makluman tuan / puan, Kompetensi Digital ini berbeza dengan Celik Digital. Celik Digital ini di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengetahui tahap penguasaan digital bagi semua penjawat awam. Manakala Kompetensi Digital adalah di bawah Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) untuk semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian, JPN, PPD dan sekolah). Hasil keputusan kompetensi ini akan digunakan bagi tujuan PPP menghadiri latihan.
Maksud ‘Baki PPP’ adalah kompetensi ini telah dilaksanakan di sekolah pada tahun 2021. Bagi PPP yang telah menjawab pada tahun 2021 tidak perlu lagi menjawab kompetensi ini. Jika PPP tidak pasti sama ada pernah menjawab atau tidak, PPP boleh log masuk ke SGMy untuk melihat janaan Slip Kompetensi. Jika slip tersebut tidak terpapar bermakna PPP belum lagi menjawab kompetensi ini.
Kompetensi ini perlu dijawab oleh semua PPP di Bahagian, JPN, PPD, Guru Kaunseling Sepenuh Masa, Guru Baharu dan baki PPP di sekolah yang belum menjawab kompetensi ini. Bagi PPP yang telah bertukar jawatan (daripada guru biasa ke Penolong Kanan/Guru Besar/Pengetua) atau yang telah berpindah tempat bertugas (dari sekolah ke Bahagian/JPN/PPD) tetapi pernah menjawab kompetensi ini pada 2021, boleh menyemak di portal SGMy sama ada perlu menjawab semula atau tidak kompetensi ini. Ini kerana, instrumen kompetensi ini berbeza untuk guru akademik biasa, pentadbir sekolah, guru kaunseling dan kepimpinan (yang bertugas di Bahagian, JPN/PPD).
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Bakat (Latihan)
Sektor Sumber Manusia
JPN Selangor
SEMUA SULP SEKOLAH BOLEH MENDAPATKAN NAMA GURU YANG BELUM MENJAWAB KOMPETENSI DIGITAL DALAM SPLKPM ( BAHAGIAN KOMPETENSI DIGITAL).