Setinggi-tinggi tahniah kepada guru dan murid yang terlibat secara langsung atau tidak langsung beraktif sepanjang perjumpaan kelab persatuan, penyertaan dan latihan dalam STEM, serta kemenangan di peringkat luar sekolah.
Barisan penasihat kelab STEM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pentadbir, warga guru dan staf sokongan yang memberi komitmen kepada kelab STEM supaya puteri St. Mary berpeluang dalam menceburi bidang STEM. Di samping itu, sokongan ibu bapa kepada murid untuk menyertai acara yang berminat serta mengorbankan masa dan wang sepanjang sesi bimbingan dan latihan demi kejayaan puteri jelita SK St. Mary.
Pencapaian di bawah bimbingan guru penasihat kelab STEM:
Gami-code, Karnival Kemahiran Digital Peringkat Kebangsaan 2023 (Naib Johan peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Kuiz Kemahiran Digital Peringkat Kebangsaan 2023 ( 3 daripada 250 murid mewakili WPKL)
Energy Efficiency Challenge dalam talian peringkat kebangsaan 2023 (Saguhati)
Young Roboticists Challenge, Karnival STEM Peringkat Negeri (Tempat ke-4)
Animation Challenge, Karnival Kemahiran Digital Peringkat Negeri (Tempat ke-5)
Pertandingan Penghasilan Barang Kitar Semula Peringkat Sekolah anjuran Unit Kokurikulum (Tempat ke-2)
Penglibatan dan penyertaan aktif di bawah initiatif dan bimbingan oleh guru penasihat kelab STEM:
Pertandingan Pengumpulan Barang Kitar Semula anjuran PERKISS
Science Drama Competition 2023 anjuran Petrosains
Karnival STEM4LIFE anjuran SK Sentul 2
Pameran Robotik, Karnival Nuri Madani & Hari Terbuka PPD Sentul (di SMK Taman Bukit Maluri)
#JejakjuaraKL Karnival Kemahiran Digital & Karnival STEM (6 pasukan 7 individu) termasuk:
Poster Digital Inovasi
Bridge Building
Decathlon (Kuiz STEM)
Pemilihan Bakat Murid dalam Sekolah Pasca-UASA (4 Acara)
Scratch Beginner & Animation Gami-Code
Aerodynamic (Parasuit, Water Rocket Launching)
Bridge Buiding Challenge
Challange Your Mind (Quiz)
Perjumpaan kelab dan persatuan:
Penghasilan Kertas Kitar Semula
Pengamalan Kitar Semula
Ken-Ken Puzzle & Soduku
Kuiz STEM
Aerodynamic (Paperplane & Parasuit)
Explorace & Pertandingan Penghasilan Barang Kitar Semula
Pencapaian di atas telah memberi dorongan kepada guru-guru dan murid-murid untuk bersedia, bergiat aktif dan berusaha dalam penyertaan aktiviti koakademik dan kokurikulum untuk mencapai kecemerlangan, mengharumkan nama sekolah St. Mary di peringkat wilayah persekutuan, kebangsaan mahupun ke antarabangsa.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada warga guru memberi peluang kepada Cikgu Chee untuk membimbing murid dalam pertandingan robotik dan aktiviti STEM sepanjang tahun 2023. Penglibatan tersebut telah membuka mata dan mendapat pengalaman lebih luas tentang corak dan kreativiti peserta dan penganjur.
Cikgu Chee mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pentadbir yang memberi kepercayaan kepada Cikgu Chee untuk menjalankan tugas, membawa murid ke pertandingan luar, serta mengambil peluang untuk mengunjungi pameran STEM. Selain itu, sokongan ibu bapa dan komuniti kepada pihak sekolah membolehkan Cikgu Chee untuk membimbing peserta dengan mudah. dalam usaha membawa mereka ke pertandingan STEM dan Robotik. Cikgu Chee, ibu bapa dan phaik sekolah sanggup mengorbankan masa dan tenaga sepanjang sesi bimbingan dan latihan demi kejayaan puteri jelita SK St. Mary.
Akhir sekali, pencapaian ini tidak boleh dipisahkan dengan kelab STEM yang saya sertai. Atas tanggungjawab yang dipikul untuk mengetuai kelab STEM, saya bersama-sama rakan guru penasihat yang komited untuk melaksanakan tugas dan membawa murid ke mana-mana pernyertaan yang bermakna. Pencapaian ini juga bakal diraikan bersama-sama guru-guru STEM saya!
Pencapaian di bawah bimbingan Cikgu Chee:
Gami-code, Karnival Kemahiran Digital Peringkat Kebangsaan 2023 (Naib Johan peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Young Roboticists Challenge, Karnival STEM Peringkat Negeri (Tempat ke-4)
Pertandingan Penghasilan Barang Kitar Semula Peringkat Sekolah anjuran Unit Kokurikulum (Tempat ke-2) *Bersama guru penasihat STEM
Penglibatan dalam jurulatih / pembimbing, pembantu serta pengurus pasukan dalam pertandingan:
Pertandingan Pengumpulan Barang Kitar Semula anjuran PERKISS (di bawah bimbingan Pn. Fatimah Mohd Isa)
Science Drama Competition 2023 anjuran Petrosains
Karnival STEM4LIFE anjuran SK Sentul 2 (Bersama-sama Cikgu Lee Chui Mei)
Pameran Robotik, Karnival Nuri Madani & Hari Terbuka PPD Sentul (di SMK Taman Bukit Maluri)
Decathlon (Kuiz STEM)
Kuiz Kemahiran Digital
Scratch Animasi
Poster Digital
Gami-code
Bridge Building Challenge
Young Roboticists Challenge
Penyelaras dalam pemilihan Bakat Murid dalam Sekolah Pasca-UASA (4 Acara)
- Scratch Beginner & Animation Gami-Code
- Aerodynamic (Parasuit, Water Rocket Launching)
- Bridge Buiding Challenge
- Challange Your Mind (Quiz)
Penyertaan Cikgu Chee dalam bengkel dan latihan:
Bengkel RBTX anjuran Petrosains
Bengkel Pengaturcaraan Scratch Asas anjuran Sektor Pembelajaran JPWPKL dengan kerjasama UPSI
Bengkel Inovasi Edu:bit, Persidangan STEM anjuran JPWPKL dan UPM
Menyertai dalam Penataran Modul TMK peringkat JPWPKL
Sebagai penceramah untuk berkongsi ilmu penggunaan Scratch & 3D Slash dalam Modul TMK, SK Seri Bonus
Bengkel Pembinaan dan Cetakan 3 Dimensi anjuran Sektor Sumber Teknologi Pendidikan JPWPKL
Pencapaian di atas telah memberi dorongan kepada Cikgu Chee untuk meneruskan usaha, bersedia, membimbing dan mengetuai warga SK St. Mary dalam aktiviti koakademik dan kokurikulum untuk mencapai kecemerlangan, mengharumkan nama sekolah St. Mary di peringkat wilayah persekutuan dan kebangsaan.