6.4.1 Mengenal pasti fitur-fitur pada antara muka perisian pengaturcaraan.
6.4.2 Menghuraikan perkakasan yang akan digunakan bersama perisian pengaturcaraan.
6.4.3 Menghasilkan carta alir kawalan perkakasan yang mengeluarkan cahaya, bunyi dan pergerakan.
6.4.4 Membina atur cara yang dikehendaki berpandukan carta alir yang dibuat.
6.4.5 Menghasilkan sambungan perkakasan yang mengeluarkan cahaya, bunyi dan pergerakan.
6.4.6 Memindahkan atur cara yang telah dibina pada perkakasan dan menguji kefungsiannya.
6.4.7 Membentangkan atur cara yang telah dihasilkan.
6.4.1 Mengenal pasti fitur-fitur pada antara muka perisian pengaturcaraan.
Dengan menggunakan lembaran yang diberi: Planning sheet, LED sheet
1) Mengenal pasti input dan output yang diperlukan dalam simulasi micro:bit
2) Sediakan atur cara dalam kertas, semak atur cara bersama rakan.
3) Pindahkan atur cara ke dalam skrip di makecode.microbit.
4) Demo hasil atur cara yang anda sediakan. Berbanding dengan GIF di sebelah.
Soalan:
1) Apakah set tindakan yang perlu anda lakukan untuk memberi emoji (ekspresi muka) senyum dan masam?
2) Selain daripada set tindakan yang dijawab dalam (1), apakah cara lain yang kita boleh hasilkan untuk menukar emoji micro:bit?
3) Lihat pada blok yang anda cipta, kenal pasti kategori blok yang terdapat dalam skrip.
a) Control - Menyenaraikan asas struktur kawalan jujukan, pilihan dan ulangan.
b) Events - Menyenaraikan perbuatan seperti mula, goncang atau tekan suis
c) Pin - Menyenaraikan kawalan pada pin papan mikropengawal untuk melakukan sesuatu arahan.
d) Operators - mengandungi arahan operasi matematik atau get (gate) logik seperti and, or dan not.
6.4.2 Menghuraikan perkakasan yang akan digunakan bersama perisian pengaturcaraan.
Digunakan untuk mengawal peranti elektronik berdasarkan atur cara yang dimuat turun ke dalamnya dan boleh menerima input, memproses dan mengeluarkan output. Berikut merupakan contoh papan mikropengawal dalam pasaran.
Laman rujukan:
Untuk maklumat lanjut tentang fungsi bagi setiap komponen, sila tekan sini.
Bagi mempelbagaikan fungsi dan penggunaan dalam sesuatu projek, pelbagai perkakasan / komponen yang digunakan seperti di bawah.
Kabel USB
Sambungan papan mikropengawal dengan komputer, menghantar atur cara yang dimuat turun ke papan mikropengawal
Membekal elektrik kepada papan mikropengawal.
Motor Servo
Membuat gerakan bersudut sehingga 180° atau 360°
Sesuai diguankan sebagai pergerakan sendi atau lengan pada robot.
Mempunyai 3 pin wayar berwarna yang berbeza fungsinya.
Perintang Tetap
Mengehadkan arus elektrik
Biasanya disusun sebelum LED.
Jalur berwarna merujuk nilai rintangan.
Suis Tekan
Memutuskan dan menyambungkan litar elektrik.
Dalam sistem pengaturcaraan, juga boleh dijadikan pencetus bagi suatu atur cara.
LED
(Light Emitting Diode)
Mengeluarkan isyarat dalam bentuk cahaya.
Memerlukan arus elektrik yang kecil.
Wayar / Klip Buaya
Menyambungkan litar dari papan mikropengawal ke peranti elektronik lain.
Pembaz (Buzzer)
Mengeluarkan isyarat dalam bentuk bunyi.
Papan Reka
Membuat sambungan litar dan komponen elektronik.
Perkakasan di atas boleh didapati dari pembekal di pasaran seperti berikut:
Murid disarankan untuk berbincang bersama-sama ibu bapa sebelum membuat pembelian dalam talian.
Pembelian dalam talian perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa dan diuruskan oleh mereka.
6.4.3 Menghasilkan carta alir kawalan perkakasan yang mengeluarkan cahaya, bunyi dan pergerakan.
Lampu LED sudah ada di micro:bit, dengan bentuk matrix 5x5. Murid boleh menghasilkan pelbagai corak bentuk paparan LED dengan menggunakan butang dan sentuh.
Papan micropengawal micro:bit versi 2 mempunyai buzzer sedia ada (tidak perlu pasang buzzer luaran). Murid boleh mencipta ringtone atau muzik ringkas untuk dimain ketika diarahkan.
Pergerakan motor servo dengan maksimum 180 darjah (sehingga arah berlawanan, berputar separuh bulatan)
6.4.4 Membina atur cara yang dikehendaki berpandukan carta alir yang dibuat.
Sediakan Skrip atur cara berdasarkan carta alir yang diberi, kemudian pindahkannya ke dalam micropengawal.
Projek ini sesuai untuk micro:bit versi 1 dan 2
Projek ini lebih sesuai untuk micro:bit versi 2.
Berdasarkan buku teks SK, penulis tidak menjelaskan maksud papan mikropengawal dan fungsi INPUT dan OUTPUT. Seterusnya, perkakasan yang disenaraikan adalah ditulis secara ringkas dalam peta alir, iaitu "Menghuraikan perkakasan yang akan digunakan bersama-sama dengan perisian pengaturcaraan". Secara umumnya dengan imbas kembali, murid masih boleh mendapat bimbingan dengan mengikut peta alir yang diberi untuk membuat rumusan.
Manakala dalam buku teks SJKC, penulis telah menyenaraikan perkakasan (dan komponen**) yang dipelajari menerusi unit ini supaya mereka boleh menerangkan fungsi mereka berdasarkan rumusan yang disusun atur. Mungkin sebahagian struktur ayat atau langkah proses berbeza berbanding dengan buku teks SK. Jadi, jika murid ingin mengambil nota ini boleh membuat beberapa penyesuaian supaya setimpal dengan kandungan yang dipelajari.
** perkataan "komponen" akan dipelajari pada tahun 6, tetapi disebabkan ada penggunaan bahan elektronik, cikgu membuat pertimbangan supaya selaraskan perkataan yang digunakan.
Menurut Kamus Dewan, perkataan "komponen" bermaksud
1. bahagian yg menjadikan sesuatu (spt enjin, pesawat, alat, dll) lengkap atau sempurna
2. (yg menjadi) bahagian drpd sesuatu yg lebih besar (kompleks atau lengkap)
manakala perkataan "perkakasan" bermaksud
1. bermacam-macam perkakas, (alat) perkakas: sebuah dua kapal Inggeris sudah sampai ke Melaka membawa ~ perang itu;
2. [Bidang Komputer] peralatan yg membentuk satu sistem komputer spt monitor, papan kekunci, unit pemprosesan, dll