SLOT 1: PENGENALAN KEPADA KONSEP LANJUTAN PENGATURCARAAN
Peserta mengimbas kembali konsep asas tahap 1 (coding asas).
Peserta diberi pengenalan kepada konsep lanjutan seperti:
Pemboleh ubah (variables)
Struktur kawalan bersyarat (if/else) --- Struktur kawalan pilihan
Gelung (loops) --- Struktur kawalan berulang
Perbandingan (> >= = =< < !=)
Syarat logik bergabung (AND, OR, NOT)
Pengenalan Sensor & Aplikasi dalam Coding
IR Sensor - digunakan sebagai pengesan halangan.
Ultrasonic sensor - mengukur jarak objek.
Acceleration (micro:bit build in)
Light sensor (micro:bit build in)
Sound Sensor (micro:bit build in)
⭐ Slot ini menekankan peningkatan tahap pengetahuan, dari asas ke konsep lebih kompleks dalam coding. Konsep input sensor kepada micro:bit dan output (contoh: menyalakan LED, menggerakkan motor servo apabila objek dikesan)
SLOT 2: LATIHAN AMALI 1 - Aplikasi Konsep Asas
Peserta akan membina satu projek mudah menggunakan Scratch atau makecode micro:bit.
Projek ini mengaplikasikan konsep pemboleh ubah dan kawalan bersyarat.
⭐ Slot ini berbentuk praktikal (hands-on), memberi peluang guru mengalami sendiri proses coding asas dalam bentuk projek mini.
Senarai Projek Mini Scratch: (rujuk Slaid)
Senarai Projek Mini (Tanpa micro:bit): (rujuk Slaid)
Senarai Projek Mini (Dengan micro:bit + Sensor): (rujuk Slaid)
SLOT 3: PENGENALAN KEPADA STRUKTUR DATA & FUNGSI
Peserta diperkenalkan dengan senarai (lists/arrays) dan fungsi (functions).
Tujuan: menghasilkan kod yang lebih kemas, efisien, dan teratur.
Disertakan dengan latihan amali membina fungsi mudah. (rujuk Slaid, Projek X & Y)
⭐ Slot ini memperkenalkan kaedah pengaturcaraan modular yang biasa digunakan dalam coding sebenar.
SLOT 4: PEMBANGUNAN PROJEK INTERAKTIF
Peserta akan menghubungkaitkan kemahiran pengaturcaraan dengan projek fizikal RBT.
Contoh projek:
Menggunakan micro:bit untuk mengawal motor servo, sensor dan lampu LED
⭐ Slot ini menekankan aplikasi coding dalam dunia sebenar, iaitu mengintegrasikan peranti elektronik dengan kod untuk menghasilkan projek interaktif.
Cadangan masa: 30 minit reka dan bina, 3 minit bentang.
https://www.canva.com/design/DAGxVUu2i2c/h1OeasUvWk8kjRsAgX-bqA/edit?utm_content=DAGxVUu2i2c&utm_campaign=designshare&utm_medium=link2&utm_source=sharebutton