Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah menganugerahi Jurulatih Cemerlang kepada Cikgu Chee atas perkhidmatan cemerlang dalam bimbingan pasukan STEM & robotik sepanjang tahun 2024. Penglibatan tersebut telah membuka peluang kepada pasukan sekolah untuk meningkatkan kualiti latihan dan membuka minda peserta dalam kreativiti serta usaha mereka.
Cikgu Chee juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang memberi sokongan yang padu kepada anak-anak murid dalam perjalanan menuju ke pentas pertandingan sehingga peringkat kebangsaan seperti Malaysia Techlympic dan Rero Annual Championship (RAC) pada tahun 2024.
Akhir sekali, pencapaian ini tidak boleh dipisahkan dengan kelab STEM yang saya sertai. Atas tanggungjawab yang dipikul untuk mengetuai kelab STEM, saya bersama-sama rakan guru penasihat yang komited untuk melaksanakan tugas dan membawa murid ke mana-mana pernyertaan yang bermakna. Pencapaian ini juga bakal diraikan bersama-sama guru-guru STEM saya!
Pencapaian di bawah bimbingan Cikgu Chee:
Program Kebitaraan Robotik Sekolah AMal Kuala Lumpur Tahun 2024 (Tempat ke-4)
Robot Battle, Karnival STEM #JEJAKJUARAKL (Tempat ke-4)
Robotics & Coding Challenge with rero:micro, Rero Annual Competition (2nd Runner Up Peringkat KL, masuk peringkat akhir di Nilai Universiti)
Pembangunan Projek Inovasi Internet Pelbagai Benda (Teknologi Pertanian) Malaysia Techlympic 2024 (Tempat ke-2 Zon Tengah, Tempat ke-5 Kebangsaan)
Penglibatan dalam jurulatih / pembimbing, pembantu serta pengurus pasukan dalam program / pertandingan:
Ketua Hakim, Acara Robot Battle Karnival STEM #JEJAKJUARAKL
Guru Pembimbing / Jurulatih dalam Robot Battle Karnival STEM #JEJAKJUARAKL
National Robotic Competition (NRC) Peringkat KL
Rero Annual Championship anjuran ReroEdu Cytron Technologies (Peringakat KL & Kebangsaan)
Program Pembangunan My Robotic Challenge (MyRC) Tahun 2024 Peringkat KL
Malaysia Techlympic 2024 (Zon Tengah & Kebangsaan)
Karnival STEM-4-EVERY-1 anjuran SK Sentul 1 & 2
Pameran Digital dan Kebitaraan Robotik, Hari Terbuka PPD Sentul (di Dewan Serbaguna Taman Metropolitan Kepong)
Ketua Penyelaras, pembantu teknikal dalam Acara #JejakjuaraKL Karnival Karnival STEM termasuk:
Roket Air
Innovators of Tommorrow
Bridge Building Challenge
Robot Battle
Pengurus Pusat Pertandingan Kangaroo Math
Penyelaras (Wakil Pihak Sekolah) Program Girl4Tech dengan kerjasama Mastercard Malaysia
Penyelaras Sekolah Program Kembara Pendidikan LEGOLAND MALAYSIA RESORT (EDUPLAY ON TOUR) Siri Ke-2 Tahun 2024 (dengan bantuan Cik Chia Boon Ping, Guru PSS)
Penyertaan Cikgu Chee dalam bengkel dan latihan:
Bengkel Asas dan Lanjutan Robotik Sekolah Daerah Sentul Tahun 2024
#JEJAKJUARAKL2024: Karnival STEM Outreach 2024
Bengkel Refleksi Pertandingan Robotik & Mekatronik Sekolah Daerah Sentul Tahun 2024
Pencapaian di atas telah memberi dorongan kepada Cikgu Chee untuk meneruskan usaha, bersedia, membimbing dan mengetuai warga SK St. Mary dalam Bidang STEM & Robotik bagi aktiviti koakademik dan kokurikulum untuk mencapai kecemerlangan serta mengharumkan nama sekolah St. Mary di peringkat wilayah persekutuan dan kebangsaan.