Jadual yang disusun berdasarkan DSKP supaya memahami kandungan bagi setiap modul yang dipelajari mengikuti proses pembelajaran kognitif dan psikomotor serta afektif yang mengambil langkah-langkah keselamatan serta amalan kerja yang baik.
Sentiasa membawa BUKU TEKS dan BUKU AKTIVITI untuk waktu RBT.
Siapkan kerja yang diberi oleh cikgu, hantar hasil kerja (Buku Aktiviti, Lembaran kerja) pada masa yang ditetapkan.
Sila memberi tumpuan ketika dalam kelas, dan memberi respon selepas ditanya atau diberi arahan.
Sistem merit akan diguna pakai sepanjang sesi 2023/2024, murid yang mengamalkan sikap yang baik akan ditambah merit, manakala bersikap kurang memuaskan akan ditolak markah. [Untuk makluman lanjut, lihat Bahagian Merit]
Setiap aktiviti berkumpulan, sila duduk bersama ahli kumpulan yang laksanakan tugas yang diberi selepas diberi arahan.
Pembentukan kumpulan adalah secara sukarela, melainkan cikgu menentukan syarat-syarat khas. (Cth: bilangan ahli, penambahan atau pertukaran ahli)
Tugas tambahan yang diberi secara sukarela, pertimbangan akan dibuat untuk menambah merit* atau amalan baik SSDM.
Keputusan dan tindakan yang diberi tertakluk atas budi bicara cikgu Chee sekiranya ada perubahan dari semasa ke semasa.
Penataran Ujian Akhir Subjek RBT
SESI AKADEMIK 2023/2024
SESI AKADEMIK 2025/2026