Jadual yang disusun berdasarkan DSKP supaya memahami kandungan bagi setiap modul yang dipelajari mengikuti proses pembelajaran kognitif dan psikomotor serta afektif yang mengambil langkah-langkah keselamatan serta amalan kerja yang baik.
Sentiasa membawa BUKU TEKS dan BUKU AKTIVITI / BUKU TULIS sewaktu RBT berlangsung.
Siapkan kerja yang diberi oleh cikgu, hantar hasil kerja (Buku Aktiviti / Buku tulis, Lembaran kerja) pada masa yang ditetapkan.
Sila memberi tumpuan ketika dalam kelas, dan memberi respon selepas ditanya atau diberi arahan.
Sistem merit akan diguna pakai sepanjang sesi 2025/2026, murid yang mengamalkan sikap yang baik akan ditambah merit, manakala bersikap kurang memuaskan akan ditolak markah. [Untuk makluman lanjut, lihat Bahagian Merit]
Setiap aktiviti berkumpulan, sila duduk bersama ahli kumpulan yang laksanakan tugas yang diberi selepas diberi arahan.
Pembentukan kumpulan adalah secara sukarela, melainkan cikgu menentukan syarat-syarat khas. (Cth: bilangan ahli, penambahan atau pertukaran ahli)
Tugas tambahan yang diberi secara sukarela, pertimbangan akan dibuat untuk menambah merit* atau amalan baik SSDM.
Keputusan dan tindakan yang diberi tertakluk atas budi bicara cikgu Chee sekiranya ada perubahan dari semasa ke semasa.
Akan datang