PAMERAN ROBOTIK
SEMPENA KARNIVAL NURI MADANI & HARI TERBUKA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SENTUL
TARIKH 14 OKTOBER 2023 (SABTU)
MASA 07:30 PAGI HINGGA 02:30 PETANG
TEMPAT SMK TAMAN BUKIT MALURI
Sekolah St. Mary dan 3 buah sekolah (SK Taman Kepong, SK Intan Baiduri dan SK Taman Bukit Maluri) telah menerima jemputan daripada PPD untuk mengendalikan pameran robotik pada hari tersebut.
Walaupun sekolah kami mengadakan merentas desa pada hari itu, seorang guru dan tiga orang murid (bekas peserta robotik) masih dapat menerima peluang ini untuk menjayakan pameran robotik. Dengan sokongan ibu bapa, unit koko pihak sekolah, dapat mengeluarkan dua poster infomasi dalam masa yang singkat serta mengubahsuai atur cara robot kabel untuk memberikan persembahan yang lebih menarik kepada para tetamu yang dijemput.
i) KEKUATAN
Murid pernah menyertai pertandingan robotik dan boleh mengendalikan arahan kepada robot yang dibina melalui aplikasi dalam iPad.
Murid membantu dan berusaha untuk mencari kandungan maklumat untuk menghasilkan poster pameran robotik.
Murid mampu membuat pengubahsuaian dengan menambah komponen sensor warna tanpa bimbingan cikgu.
Atas usaha murid dan rakan-rakan (5 Mawar) yang tidak terlibat secara langsung mengunting bookmark.
ii) KELEMAHAN
Poster yang dipamerkan dalam bahasa Inggeris, tetapi ada sedikit kesilapan tatabahasa. Tajuk bagi poster kedua tidak menulis nama projek.
Hasil kerja murid dihadkan dalam pertandingan robotik, tetapi sebenarkan boleh lebih atau luar daripada unsur robotik.
Hasil robotik murid terhad dalam satu jenama robot sahaja, dan hasilnya boleh melakukan satu tugas sahaja.
Murid masih belum mahir dalam penggunaan mic serta cara pertuturan yang menarik minat dan perhatian tetamu.
Jarak parking kereta jauh kerana tiada pas kenderaan yang dicetak oleh pihak penganjur.
iii) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Minta izin daripada pengawal sekolah atau pihak penganjur dengan mesra untuk drop-off barang-barang pameran.
Poster yang dipamerkan, boleh berkongsi dengan rakan guru untuk disemak sebelum dicetak, dengan izinnya siap awal tiga hari sebelum dicetak dan digunakan untuk pameran.
Menerokai pelbagai jenis set robotik dalam pasaran seperti micro:bit, Arduino, makeblock, dan sebagainya. Dapatkan sokongan kewangan daripada pihak sekolah dan ibu bapa untuk semarakkan bidang STEM dan Robotik sekolah.
Guru penyelaras STEM dan guru pengurus robotik akan sentiasa peka terhadap pertandingan yang dianjurkan untuk menghantar murid yang berminat, berpotensi ke luar sekolah.
Membuka peluang kepada murid sekolah untuk mendedahkan ilmu STEM serta bidang Robotik dengan pameran, bengkel atau aktiviti sekolah, mengendalikan modul khas kepada guru yang boleh digunakan untuk waktu relief.
Hiasan booth pameran boleh tambah banner sekolah dengan slogan sekolah, memudahkan pasukan sekolah yang membuat pameran selepas ini seperti Jemputan Pemeran KMR, Pameran inovasi, Gerai Hari Kantin di luar sekolah, dan sebagainya.
iv) CATATAN
Bertemu seorang guru dari SMK St. Mary dan berkongsi cara anaknya boleh belajar pengaturcaraan melalui DELIMa - Future Skills For All (FS4A).
Mendapat perkongsian daripada cikgu robotik dari SK Taman Bukit Maluri. Cara mengendalikan kelas robotik di bawah bimbingan cikgu sendiri dan maklumat berkaitan JU Robotik untuk pertandingan di Sentul.