STEM – bermaksud Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik. Ini adalah pendekatan interdisiplin terhadap pembelajaran di mana penggabungan mata pelajaran ke dalam kurikulum tempatan menyediakan pelajar ke era teknologi. Ia membantu pelajar untuk mengakses pengetahuan dan latihan yang mutakhir di mana konsep akademik yang mantap digabungkan dengan keadaan dunia nyata untuk mengatasi masalah pada hari esok.
STEAM – A – ‘Arts’ (kesenian/kemanusiaan) adalah ungkapan atau penerapan kemahiran kreatif, emosi dan imaginasi manusia, ditambahkan pada elemen STEM. Kesenian dan kemanusiaan meningkatkan dan menegakkan aspek moral, nilai, etika, dan tanggungjawab. Dalam dunia siber sekarang dan akan datang, kehidupan akan tertekan dan terancam sekiranya empati tidak dimasukkan sebagai elemen pembelajaran penting selain pengetahuan dan kemahiran.
STREAM – menggabungkan satu lagi lapisan ke STEAM menjadikan sebagai STREAM. Ia mempunyai banyak variasi dan tafsiran di mana ‘Reading & Writing – Membaca & Munilis’ adalah istilah yang biasanya digunakan untuk ‘R’. Membaca atau literasi melibatkan penyelidikan yang mempromosikan pemikiran kritis, kreatif, dan inovasi. Menyedari membaca sebagai elemen penting dalam meneroka pengetahuan baharu, STREAM memberikan pengalaman pembelajaran yang lengkap yang seterusnya menzahirkan “pelajar yang kompetitif di peringkat global”.
Berikut adalah huraian ringkas dan impak setiap huruf yang terdapat pada S. T. R. E. A. M
S – Sains: Aktiviti intelektual dan praktikal merangkumi kajian sistematik struktur dan tingkah laku dunia fizikal dan dunia semula jadi melalui pemerhatian dan eksperimen. Ini adalah “bidang pengetahuan yang tersusun secara sistematik mengenai subjek tertentu”.
T – Teknologi: Aplikasi pengetahuan saintifik untuk tujuan praktikal, cabang pengetahuan yang berkaitan dengan kejuruteraan atau sains gunaan.
R – Reading and Writing – Membaca dan Menulis: Membaca & Menulis atau literasi melibatkan penyelidikan yang mempromosikan pemikiran kritis, kreatif, dan inovasi.
E – Engineering – Kejuruteraan: Kejuruteraan adalah aplikasi kreatif sains, kaedah matematik, dan bukti empirikal terhadap inovasi, reka bentuk, pembinaan, dan penyelenggaraan struktur, mesin, bahan, alat, sistem, proses, dan organisasi ke arah penyelesaian masalah.
A – ‘Arts’ – Kesenian/Kemanusiaan: Kesenian/kemanusiaan adalah ungkapan atau penerapan kemahiran kreatif, emosi dan imaginasi manusia.
M- Matematik: Matematik adalah sains yang berkaitan dengan logik bentuk, kuantiti, dan susunan.
Seiring dengan kemajuan teknologi, kerajaan telah melancarkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) agar bagi memastikan setiap murid fasih digital.
DPD merupakan pernyataan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memacu perubahan landskap pendidikan digital untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing menerusi peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai murid, pendidik dan pemimpin pendidikan; penyediaan infrastruktur, infostruktur dan kandungan yang berkualiti; dan penyertaan aktif rakan strategik secara bersepadu serta menyeluruh dari peringkat prasekolah hingga lepasan menengah.
Dasar Pendidikan Digital ini digubal agar sejajar dengan pelbagai agenda nasional termasuklah konsep Membangun Negara MADANI, Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara, Jalinan Digital Negara (JENDELA), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 dan Dasar Sains Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021–2030 untuk memastikan usaha yang berstruktur dan terancang bagi mendepani cabaran 5IR.DPD diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Mei 2023. Ia dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada 28 November 2023 dengan visi melahirkan murid fasih digital yang berdaya saing menerusi peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Melalui dasar ini, murid fasih digital dapat dibangunkan untuk memenuhi keperluan era digital; di samping mengupaya pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mengintegrasi teknologi digital dalam ekosistem pendidikan.
Selain itu, dasar ini juga dapat memperkukuh infrastruktur, infostruktur dan kandungan pendidikan digital; serta mengoptimum pelibatan aktif rakan strategik sebagai pemangkin pendidikan digital.
Murid yang berupaya menggunakan teknologi digital secara bersepadu, kreatif, bertanggungjawab dan beretika untuk:
Mencipta dan menghasilkan inovasi
Menganalisis data secara saintifik
Menyelesaikan masalah dan berkomunikasi
Berkolaborasi dengan berkesan
Berikut merupakan objektif dan hala tuju pengenalan Dasar Pendidikan Digital:
Membangunkan murid fasih digital untuk memenuhi keperluan era digital;
Mengupayakan pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan;
Memperkukuh infrastruktur, infostruktur dan kandungan pendidikan digital; dan
Mengoptimumkan pelibatan aktif rakan strategik sebagai pemangkin pendidikan digital.
Dasar Pendidikan Digital mempunyai empat objektif, enam teras, 18 strategi dan 41 inisiatif yang jelas bagi menyokong visi pendidikan digital.
Berikut merupakan 6 teras DPD:
Murid fasih digital
Pendidik kompeten digital
Budaya kepemimpinan digital berwawasan,
Pengupayaan infrastruktur dan infostruktur
Kandungan digital berkualiti
Rakan strategik yang komited
Apabila melacarkan Dasar Pendidikan Digital, kerajaan sedar akan cabaran utama perlaksanaannya adalah jurang digital antara murid bandar dan murid luar bandar yang wujud.
Dalam usaha merealisisasikan DPD, kerajaan akan mengupayakan infostruktur dan infrastruktur dengan terus berusaha dalam meningkatkan keupayaan rangkaian internet dan infrastruktur digital yang menjadi kunci untuk memastikan akses yang pantas dan canggih kepada teknologi digital.
Untu tujuan ini, KPM memperkasakan sebanyak 367 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan 16 buah Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh negara sebagai pusat kecemerlangan untuk inisiatif pendidikan digital.
Kesemua pusat ini dibekalkan dengan peralatan dan perkakasan studio digital dan hab penghasilan digital yang boleh digunakan oleh murid dan guru bagi meningkatkan kompetensi digital, membangunkan kandungan dan melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Selain itu, KPM juga sedang menambah baik kemudahan kelas hibrid di 110 buah institusi pendidikan terpilih yang melibatkan 550 buah bilik darjah.
[4/29, 05:22] MFree Arkmey: Link Google Form Penataran Kompetensi Guru Bidang STEM Sekolah Rendah PPD Kota Bharu: https://forms.gle/TjadQhNZ1JSYvmVVA
[4/29, 05:50] MFree Arkmey: Link pendaftaran SPLKPM: https://splkpm.moe.gov.my/apps/tambah_pldp/tambah_qrcode.cfm?id_kursus=290424053243D010&IDP=D010&tahun=2024&cari=0