Senarai Kandungan Fail Panitia (Lengkap) ini adalah bertujuan untuk memberi rujukan buat para guru khususnya.
Umum sedia maklum, setiap mata pelajaran mempunyai sistem pendokumentasiannya yang tersendiri. Namun, ia berpaksikan kepada fail asas, iaitu fail panitia. Fail panitia ini digunakan oleh semua guru panita setiap mata pelajaran.
Terdapat 10 jenis fail yang perlu disediakan oleh setiap panitia Mata Pelajaran, iaitu :
FAIL INDUK
SUKATAN PELAJARAN (DSKP)
MESYUARAT PANITIA
PROGRAM KECEMERLANGAN
PEPERIKSAAN
PENYELIAAN/PENCERAPAN
PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID
AKTIVITI KOAKADEMIK
BANK SOALAN
MAKLUMAT GURU
10 jenis fail tersebut mempunyai isi kandungan yang berbeza. Berikut merupakan isi kandungan bagi setiap jenis fail :
1. FAIL INDUK
Surat-surat perhubungan luar / dalaman
Carta Organisasi JKKS dan JK Panitia
Senarai nama guru mata pelajaran dan kelas
Pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan panitia.
ABM/Kewangan Panitia
2. SUKATAN PELAJARAN (DSKP)
Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard
Huraian Sukatan Pelajaran
Rancangan Pelajaran Tahunan
Senarai Bahan Bantu Belajar dan Kedudukannya
Senarai buku teks dan rujukan.
Rekod Pencapaian 100% Sukatan Pelajaran Diajarkan
3. MESYUARAT PANITIA
Notis/Memo Panggilan Mesyuarat
Notis/Memo Edaran Minit Mesyuarat & Borang Maklum Balas (Asal) berserta Minit Mesyuarat
Kehadiran Mesyuarat
Rekod Edaran Minit Mesyuarat
Draf Minit Mesyuarat yang disemak oleh Pengerusi
Maklum Balas Mesyuarat (Asal dan Terkini)
4. PROGRAM KECEMERLANGAN
Pelan Strategik
Laporan-laporan program
Program Perkembangan Staf
Kajian Tindakan (Jika ada)
5. PEPERIKSAAN
Jadual peperiksaan
Jadual penyedia soalan
Analisis Peperiksaan Sekolah dan Peperiksaan Awam
Analisis Headcount
Post-Mortem / Audit Akademik
6. PENYELIAAN / PENCERAPAN
Jadual Penyeliaan
Borang penyeliaan
Laporan kekuatan/kelemahan
7. PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID
Jadual semakan
Borang penyemakan
Laporan kekuatan/kelemahan
8. AKTIVITI KOAKADEMIK
Surat Menyurat
Aktiviti tahunan
Laporan aktiviti
9. BANK SOALAN
Soalan-soalan peperiksaan sekolah
Soalan-soalan setara daerah / negeri
Soalan-soalan peperiksaan awam
10. MAKLUMAT GURU
Guru Besar
Sekolah Negeri Kelantan
Tuan,
PENATARAN DOKUMEN PENJAJARAN KSSR (SEMAKAN 2017) EDISI 3:SESI WEBINAR SIRI 2
Dengan hormatnya surat JPNKN.600-2/1/37 Jld.2 (67) bertarikh 30 Mei 202 adalah dirujuk (Surat ini telah dihantar melalui emel kesemua sekolah).Penataran akan diadakan ketetapan berikut:
📝Tarikh: 11 hingga 13 Jun 2024 (Selasa- Khamis)
📝Sasaran:
Guru Matematik Tahun 1,2 dan 3
Guru Sains Tahun 1, 2 dan 3
📝Masa:2.00 - 4.00 petang
📝Pautan: Akan dikongsikan
Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dimohon untuk memastikan guru yang akan menyertai penataran tersebut melengkapkan maklumat berkaitan melalui pautan https://forms.gle/KS8tXzBkE9x156JC9 selewat-lewatnya pada 5 Jun 2024.
Sekiranya pihak tuan memerlukan penjelasan lanjut berkaitan perkara ini, sila berhubung dengan Pn. Che Norsuziana binti Che Omar, Penolong Pengarah, Unit Sains Matematik, Sektor Pembelajaran, JPN Kelantan melalui talian 0137731707.
🤝🤝Terima kasih atas kebersamaan
Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani,
Tuan/Puan Penyelaras Latihan PPD yg dihormati,
TAKLIMAT PELAKSANAAN PLATFORM SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (SiPP) PENINGKATAN KOMPETENSI DIGITAL PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan platform pembelajaran peningkatan kompetensi digital melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) yang telah dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan pada 7 Februari 2024.
3. SiPP menyediakan kandungan pembelajaran berbentuk generik dan fungsional mengikut tahap penguasaan serta sarat dengan modul-modul melebihi 20,000 kandungan termasuk 4,000 video, 40 sijil profesional, 3,000 kursus, 15,000 e-book, 400 latihan makmal, sokongan Al dan mobile apps, serta menyokong pelbagai bahasa.
4. Akses ke SiPP adalah melalui Modul lndividu Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) dan kunci masuk bagi PPP menggunakan perkhidmatan tersebut adalah menggunakan ID Guru Malaysia. ID ini akan diedarkan secara berperingkat mengikut fasa seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.
5. Bagi memastikan semua PPP mendapat maklumat yang tepat dan jelas berkaitan pelaksanaan platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) ini, pihak JPN Kelantan dengan kerjasama Bahagian Profesionalisme Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan satu taklimat secara dalam talian pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 24 Jun 2024 (Isnin)
Masa : 9.00 – 11.00 pagi (Sesi 1)
2.30 – 4.30 petang (Sesi 2)
Tempat : Secara Dalam Talian
Pautan :
(Sesi 1)
https://youtube.com/live/kNnPOCYnDR0?feature=share
(Sesi 2)
https://youtube.com/live/8gIrtgWegf0?feature=share
6. Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama tuan/puan untuk memanjangkan surat taklimat ini kepada semua sekolah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah seliaan tuan/puan. Segala kerjasama pihak tuan/puan berkaitan perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.