Senarai Kandungan Fail Panitia (Lengkap) ini adalah bertujuan untuk memberi rujukan buat para guru khususnya.
Umum sedia maklum, setiap mata pelajaran mempunyai sistem pendokumentasiannya yang tersendiri. Namun, ia berpaksikan kepada fail asas, iaitu fail panitia. Fail panitia ini digunakan oleh semua guru panita setiap mata pelajaran.
Terdapat 10 jenis fail yang perlu disediakan oleh setiap panitia Mata Pelajaran, iaitu :
FAIL INDUK
SUKATAN PELAJARAN (DSKP)
MESYUARAT PANITIA
PROGRAM KECEMERLANGAN
PEPERIKSAAN
PENYELIAAN/PENCERAPAN
PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID
AKTIVITI KOAKADEMIK
BANK SOALAN
MAKLUMAT GURU
10 jenis fail tersebut mempunyai isi kandungan yang berbeza. Berikut merupakan isi kandungan bagi setiap jenis fail :
1. FAIL INDUK
Surat-surat perhubungan luar / dalaman
Carta Organisasi JKKS dan JK Panitia
Senarai nama guru mata pelajaran dan kelas
Pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan panitia.
ABM/Kewangan Panitia
2. SUKATAN PELAJARAN (DSKP)
Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard
Huraian Sukatan Pelajaran
Rancangan Pelajaran Tahunan
Senarai Bahan Bantu Belajar dan Kedudukannya
Senarai buku teks dan rujukan.
Rekod Pencapaian 100% Sukatan Pelajaran Diajarkan
3. MESYUARAT PANITIA
Notis/Memo Panggilan Mesyuarat
Notis/Memo Edaran Minit Mesyuarat & Borang Maklum Balas (Asal) berserta Minit Mesyuarat
Kehadiran Mesyuarat
Rekod Edaran Minit Mesyuarat
Draf Minit Mesyuarat yang disemak oleh Pengerusi
Maklum Balas Mesyuarat (Asal dan Terkini)
4. PROGRAM KECEMERLANGAN
Pelan Strategik
Laporan-laporan program
Program Perkembangan Staf
Kajian Tindakan (Jika ada)
5. PEPERIKSAAN
Jadual peperiksaan
Jadual penyedia soalan
Analisis Peperiksaan Sekolah dan Peperiksaan Awam
Analisis Headcount
Post-Mortem / Audit Akademik
6. PENYELIAAN / PENCERAPAN
Jadual Penyeliaan
Borang penyeliaan
Laporan kekuatan/kelemahan
7. PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID
Jadual semakan
Borang penyemakan
Laporan kekuatan/kelemahan
8. AKTIVITI KOAKADEMIK
Surat Menyurat
Aktiviti tahunan
Laporan aktiviti
9. BANK SOALAN
Soalan-soalan peperiksaan sekolah
Soalan-soalan setara daerah / negeri
Soalan-soalan peperiksaan awam
10. MAKLUMAT GURU
Minit Mesyuarat
Kehadiran Mesyuarat
Surat Jemputan Mesyuarat