PLaN adalah Primary Literacy and Numeracy atau Program Literasi & Numerasi Sekolah Rendah.
Ia merupakan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang komprehensif dan menyeluruh berrasaskan sekolah untuk murid Tahun 2 dan tahun 3.
OBJEKTIF PLaN
Untuk makluman, Program ini adalah berbeza daripada Program Saringan Literasi & Numerasi yang dikenali sebagai Program LINUS2.0 dalam tiga aspek, iaitu objektif, akauntabiliti dan sokongan.
FOKUS AKTIVITI PLaN
Fokus aktiviti PLaN KPM adalah seperti berikut ( yang tersedia dalam gambar ) :
Pihak sekolah bertanggungjawab untuk menetapkan sasaran (KPI) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik bagi murid Tahun 2 dan Tahun 3 berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid mereka bagi memastikan usaha yang berterusan ke arah meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Dengan penetapan KPI, pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dipastikan ke arah membina asas pencapaian baik sekolah.
Pegawai JPN dan PPD tidak terkecuali dalam bekerjasama membantu pihak sekolah agar sasaran tahap penguasaan murid yang ditetapkan iaitu sekurangkurangnya TP3 tercapai.
Untuk maklumat lanjut tentang pelaksanaan Program PLaN, sila rujuk sumber berikut:
https://padlet.com/bpk025/pelaksanaanplan
Garis Panduan Pelaksanaan (PLaN)
Muat turun Modul PLaN:
PLaN Literasi: http://bit.ly/molib-literasi2
PLaN Numerasi: http://bit.ly/molib-numerasi
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/spbppdtelupidtongod/plan/modul-molib-plan