Surat Jemputan
Senarai Kehadiran
Minit Mesyurat
Surat Jemputan
Senarai Kehadiran
Minit Mesyurat
PROGRAM INTERVENSI 1 2024
PEMULIHAN KHAS
TARIKH :
TAJUK : PIMPIN DAKU MENGGAPAI BINTANG
Perjumpaan Mentor - Mentee
Program ‘ Pimpin Daku Menggapai Bintang ( Mentor - Mentee ) dilancarkan bagi mencapai hasrat sekolah iaitu Sifar Buta Huruf. Penglibatan adalah semua guru dan murid- murid yang mengalami keciciran dalam menguasai kemahiran membaca .Mereka akan dibantu secara intensif tanpa mengira masa dan tempat untuk sesi bantu pulih ( mengikut kesesuaian mentor).
INFO:-
Sasaran
Murid Tahap 2 Dan Tahap 1 =( 26 orang murid pemulihan )
Tempoh Pelaksanaan : April hingga Jun
Modul disediakan oleh penganjur. Mentor perlu mengisi maklumat perkembangan mentee masing - masing ke dalam fail yang disediakan.
INTEVENSI 2
PEMULIHAN KHAS
TARIKH : 12 JUN 2023 – 30 JUN 2023
TAJUK : PROGRAM “10 MINIT PERMATA”
1. PENGENALAN
Program ini adalah kerjasama di antara Panitia Bahasa Melayu dan Pemulihan SK Sultan Ismail 3. Program ini dilancarkan selepas hasil dapatan mendapati bilangan murid yang belum menguasai 3M adalah tinggi. Guru-guru panitia sepakat untuk melancarkan satu program mentor-mentee di setiap kelas dan memperuntukkan 10 minit selepas
PdPc untuk membantu murid-murid terpilih ini secara bersemuka mengikut tahap mereka. Program ini akan berlangsung selama 2 minggu.
2. NAMA PROGRAM : 10 MINIT PERMATA
3. PELAKSANAAN
TARIKH : 12 JUN 2024 – 30 JUN 2024
HARI : 2 MINGGU
MASA : WAKTU PDPC
TEMPAT : KELAS TAHUN 1-6
4. ANJURAN : PANITIA BAHASA MELAYU & PEMULIHAN
5. OBJEKTIF AM
Memberi tumpuan kepada murid-murid yang kurang menguasai 3M di tahun 1-6.
6. OBJEKTIF KHUSUS
Meluangkan 10 minit di akhir setiap PdPC Bahasa Melayu untuk mengajar membaca dan menulis kepada murid-murid terlibat.
7. SASARAN : 30 murid tahun 1-6
8. CADANGAN AKTIVITI
Bahan bacaan dan penulisan yang lebih mudah mengikut tahap
9. YURAN PENYERTAAN / PENDAFTARAN
Kos percetakan modul ditanggung pihak sekolah
10. PENILAIAN PROGRAM
Kekuatan Program :
a) Keprihatinan guru-guru Bahasa Melayu untuk mengatasi masalah murid-murid yang ketinggalan dalam kelas
b) Usaha guru Bahasa Melayu untuk mencari bahan sesuai dengan tahap murid terlibat dan memperuntukkan 10 minit terakhir selepas setiap PdPC.
c) Kerjasama dan keprihatinan pihak pentadbir dalam memberi Keizinan dan usaha untuk mencapai KPI sekolah dan Pemulihan Khas
Kelemahan Program :
a) Masalah kehadiran murid terlibat ke sekolah tidak memuaskan
Cadangan Penambahbaikan :
a) Program memerlukan kerjasama penuh dari ibu bapa penjaga murid terlibat kerana pembelajaran di rumah adalah penting selain memastikan kehadiran penuh anak ke sekolah.
b) Keseluruhan program menampakkan keberkesanan dalam membantu murid- murid terlibat. Program boleh diteruskan untuk masa depan.
INTEVENSI 3
TARIKH : 17 JULAI 2023
NAMA PROGRAM : “ GAPAILAH TANGANMU”
Program ini melibatkan 10 orang murid pemulihan dan 14 orang murid tahun 1 yang masih belum menguasai kemahiran membaca.
Program ini diadakan sepanjang tahun iaitu setiap hari Ahad,Isnin dan Rabu bermula jam 1.00 hingga 1.30 T/H.
Semua guru dilantik sebagai fasilitator. Diharapkan program ini dapat membantu murid-murid terlibat menguasai kemahiran bacaan dan dapat mengenalpasti kelemahan murid seterusnya dapat mengurangkan jurang antara murid pemulihan dengan murid perdana.
INTEVENSI 4
TARIKH : 23 JUN 2023
TAJUK : PROGRAM SENTUHAN KASIH
OBJEKTIF :
a. Program ini dijalankan bertujuan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pemulihan khas di SKSI3.
b. Murid yang terlibat terdiri daripada murid pemulihan tahun 2, 3, 4, 5, dan 6.
c. Memberi peluang kepada murid pemulihan khas mengembangkan potensi diri.
d. Memupuk semangat kecaknaan dikalangan guru-guru.
e. Membina sikap positif dan keyakinan diri bagi murid pemulihan khas untuk terus Berjaya.