1. Format Minit Mesyuarat yang umum
Sebelum kita ingin membina atau melengkapkan minit mesyuarat, amatlah baik jika korang sudah mempunyai format minit mesyuarat yang kosong ataupun ‘blank format’.
2. Contoh Minit bagi edisi terdahulu
Pembinaan Minit Mesyuarat biasanya tidaklah terlalu berbeza dengan minit mesyuarat sebelumnya. Hal ini kerana, kita hanya mahukan kandungan ringkas serta melengkapi minit yang dibincangkan dan tindakan yang perlu diambil.
Minit Mesyuarat tiada had dalam meletakkan bilangan patah perkataan. Jika mesyuarat yang diadakan itu panjang, maka panjanglah minit tersebut. Berbalik kepada minit mesyuarat bagi acara yang agak sama, isi perbincangan juga biasanya tidak begitu berbeza untuk diletakkan dalam minit tersebut. Kebiasaannya, hanyalah nama, tindakan yang lebih spesifik dan tarikh yang memainkan peranan penting.
3. Tindakan Lanjutan
Biasanya kita perlu menyediakan tindakan lanjutan pada setiap isi kandungan utama dalam minit mesyuarat. Kecuali bahagian kedatangan. Jika tiada tindakan berkenaan, maka cukup sekadar meletakkan ‘Untuk Makluman’ pada bahagian Tindakan yang harus diambil.
4. Bahagian Pengesahan.
Disini juga bahagian yang penting dalam setiap minit mesyuarat. Nama guru yang terlibat semasa menyediakan minit mesyuarat perlulah dikenalpasti dari awal supaya tandatangan mudah untuk diperoleh. Selain itu, pastikan bahagian tandatangan selengkapnya pada satu helaian muka surat contohnya bahagian disahkan oleh, dengan nama orang yang berkenaan beserta jawatannya bukan pada helaian muka surat yang berlainan.
Mesyuarat Kali Ke 4
Panggilan Mesyuarat
Kehadiran Mesyuarat
Minit Mesyuarat