PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK21.
Dalam kelas abad ke-21, guru boleh meminta muridnya untuk menghasilkan sesuatu produk yang unik, iaitu produk yang lain daripada produk sedia ada. Perkara ini amat bersesuaian dengan ciri-ciri kelas abad ke-21, iaitu pembelajaran berpusatkan murid.
Kolaboratif merujuk kepada sesuatu yang dilakukan secara bersama-sama atau berkumpulan. Kolaboratif dalam dunia pendidikan pula adalah kerjasama yang wujud antara guru dan murid atau murid dan murid secara aktif dan menyeluruh, di mana, ia melibatkan pertukaran idea, pendapat atau pengetahuan antara murid-murid. Bagi elemen ini, guru perlu memahami gaya pembelajaran muridnya.